Tajuk : [Video Lagi Ahli Pas Keluar Parti!] Bersatu yakin Umno-BN kekal sebagai pembangkang di Pulau Pinang.
link : [Video Lagi Ahli Pas Keluar Parti!] Bersatu yakin Umno-BN kekal sebagai pembangkang di Pulau Pinang.
[Video Lagi Ahli Pas Keluar Parti!] Bersatu yakin Umno-BN kekal sebagai pembangkang di Pulau Pinang.
Ahad, 4 Februari 2018Umno-BN diramal kekal sebagai pembangkang di Pulau Pinang.
Perpaduan dan kerjasama dalam kalangan parti-parti komponen sangat penting sekiranya Pakatan Harapan (PH) serius untuk menang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Gerak kerja bersama dan bersepadu keempat-empat parti mampu membuatkan PH merampas kesemua kerusi yang menjadi milik Umno-BN di Pulau Pinang tidak lama lagi.
Perpaduan dan kerjasama dalam kalangan parti-parti komponen sangat penting sekiranya Pakatan Harapan (PH) serius untuk menang pada PRU14.
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Pulau Pinang, Marzuki Yahya ketika ditemui.
Jelas beliau lagi, Bersatu Pulau Pinang akan meletakkan calon di kesemua 10 kerusi Dun yang ditandingi oleh Umno-BN bagi memberi saingan kepada mereka.
“Kesemua 10 kerusi Umno tersebut menjadi fokus utama untuk dirampas dalam PRU14 ini.
“Sebelum ini Umno mempunyai 15 kerusi, namun begitu mereka telah kalah dan hanya tinggal 10 kerusi yang masih berbaki.
“Kesemua 10 kerusi ini merupakan kubu kuat Umno, walau bagaimanapun apa yang dikatakan kubu kuat tersebut kini semakin terhakis perlahan-lahan,” ujarnya lagi.
Tegasnya lagi, sebelum ini Parlimen Permatang Pauh juga merupakan kubu kuat Umno.
Namun dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen, sehingga kini Permatang Pauh tidak lagi menjadi kubu kuat Umno.
“Begitu juga dengan Parlimen Nibong Tebal yang didakwa sebagai kubu kuat Umno sebelum ini.
“Ia juga sama, setelah dua penggal tidak mampu dirampas kembali oleh Umno-BN.
“Kini mereka hanya tinggal Parlimen Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Balik Pulau sahaja,” katanya.
Senario politik terkini tambahnya, membuktikan Umno tidak lagi mampu untuk mempertahankan kerusi-kerusi yang akan mereka tandingi dalam PRU14 nanti.
Yang menjadi keutamaan katanya, gabungan dalam PH harus mempunyai satu organisasi yang mantap dan kuat tanpa boleh diganggu-gugat oleh pihak lawan.
“Bersatu mengambil cabaran untuk mengalahkan Umno dengan meletakkan calon bertanding di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti menjadi kubu kuat mereka.
“Dengan komitmen bersungguh-sungguh oleh PH, saya optimis Pulau Pinang sekali lagi akan kekal di tangan PH.
“Tidak dapat dinafikan Umno-BN akan kehilangan lebih banyak kerusi dan mereka akan kekal sebagai pembangkang untuk penggal yang ketiga pada PRU14 akan datang,” katanya lagi.
MD.
Thus Article [Video Lagi Ahli Pas Keluar Parti!] Bersatu yakin Umno-BN kekal sebagai pembangkang di Pulau Pinang.
Itulah artikel [Video Lagi Ahli Pas Keluar Parti!] Bersatu yakin Umno-BN kekal sebagai pembangkang di Pulau Pinang. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel [Video Lagi Ahli Pas Keluar Parti!] Bersatu yakin Umno-BN kekal sebagai pembangkang di Pulau Pinang. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/02/video-lagi-ahli-pas-keluar-parti.html
0 Response to "[Video Lagi Ahli Pas Keluar Parti!] Bersatu yakin Umno-BN kekal sebagai pembangkang di Pulau Pinang."
Post a Comment