AG betul dan silap: “Kerajaan tak boleh nak lari dari tanggungjawab”

AG betul dan silap: “Kerajaan tak boleh nak lari dari tanggungjawab” - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk AG betul dan silap: “Kerajaan tak boleh nak lari dari tanggungjawab”, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : AG betul dan silap: “Kerajaan tak boleh nak lari dari tanggungjawab”
link : AG betul dan silap: “Kerajaan tak boleh nak lari dari tanggungjawab”

Baca juga


AG betul dan silap: “Kerajaan tak boleh nak lari dari tanggungjawab”

‘AG betul dan silap pada masa sama’
mk  |  Dikemaskini 1 Mac 2018, 6:16 petang
Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin tidak bersetuju dengan pendirian Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung rampasan kapal mewah milik ahli perniagaan Jho Low, yang didakwa diperolehi dengan menggunakan dana yang diselewengkan dari 1MDB.

Pemimpin AMANAH itu mengulas kenyataan Apandi bahawa kerajaan tidak akan menuntut kapal Equanimity yang dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia, semalam memandangkan ia bukan milik Malaysia.

“Betul kapal layar itu bukan milik kerajaan dan bukan atas nama kerajaan.Tetapi, saman Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat ke atas 1MDB ada kaitan dengan kerajaan.

“Begitu juga Jho Low juga ada kaitan yang rapat dengan 1MDB, dengan MO1 (Malaysian Official 1), dengan kerajaan.
“Justeru, kerajaan tak boleh nak lari dari tanggungjawab,” kata Hanipa yang merupakan seorang peguam.

Apabila ditanya oleh Malaysiakini sama ada kerajaan akan menuntut kapal layar Jho Low yang dipanggil Equanimity itu, Apandi berkata: "Kenapa kerajaan nak tuntut sesuatu yang bukan miliknya?"

DoJ dalam saman sivil mendakwa mendakwa Low, bersama beberapa pegawai kerajaan termasuk MO1, telah menyelwengkan dana 1MDB, yang kemudiannya digubah melalui sistem kewangan AS.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan pernah mengesahkan bahawa MO1 adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walau bagaimanapun, beliau berkata memandangkan saman itu tidak menyebut nama Najib, perdana menteri bukan subjek siasatan.

Najib juga menafikan beliau menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.

Selain Low, yang dikatakan sebagai teman rapat keluarga Najib, isteri MO1 dan anak tiri perdana menteri, Riza Aziz turut terpalit dalam saman DoJ itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata memandangkan perkembangan terkini, Malaysia tidak boleh lagi berdiam diri mengenai perkara itu.“Isu 1MDB sudah tidak mampu disembunyikan kerana ‘bangkai dinasour’ ini sudah berbau busuknya ke seluruh dunia.
“Apakah kita tidak malu ketika seluruh dunia memerangi korupsi, rasuah, penyelewengan dan ketidak adilan yang berpunca dari negara ini, Malaysia mengambil sikap membisu serta mendiamkan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengenai Low, bekas ahli parlimen PAS itu mengibaratkan jutawan kelahiran Pulau Pinang itu sebagai "pengganas antarabangsa" yang dikehendaki oleh pelbagai negara.

“Nama beliau cepat naik tetapi beliau populariti dengan cara yang amat memalukan negara.

“Saya hairan bagaimana manusia seperti ini boleh berkawan dengan pembesar negara, menjadi anak emas pemimpin negara, hidup bebas dan mewah hasil ‘duit haram’ dan aset milik negara.

“Apa yang istimewanya Jho Low dengan memiliki kapal mewah ini berbanding penduduk kampung dan rakyat kelas menengah dan rendah yang lebih memerlukan duit negara daripada beliau,” katanya.
Merujuk dakwaan Najib bahawa pembangkang bersekongkol dengan pihak asing tertentu untuk menumbangkan Najib, Mahfuz berkata, rampasan kapal The Equanimity itu bukan diarah atau dirancang oleh mereka.

“Jangan pula nanti ada tuduhan mengatakan ia adalah campur tangan kuasa asing atau mengundang campur tangan asing ke negara ini.

“Janganlah pula PM hilang ilhamnya mencari tarikh keramat PRU ke 14 kerana meletupnya isu ini ketika ini.

“Kes yang berlaku ini adalah tindakan negara-negara di dunia, yang melihat kesalahan yang begitu jelas dan besar dan tidak boleh diterima oleh akal yang waras,” katanya.


Thus Article AG betul dan silap: “Kerajaan tak boleh nak lari dari tanggungjawab”

Itulah artikel AG betul dan silap: “Kerajaan tak boleh nak lari dari tanggungjawab” Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel AG betul dan silap: “Kerajaan tak boleh nak lari dari tanggungjawab” dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/ag-betul-dan-silap-kerajaan-tak-boleh.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "AG betul dan silap: “Kerajaan tak boleh nak lari dari tanggungjawab”"

Post a Comment