Dalam Islam bukti audio takleh pakai: Khairuddin Aman Razali kata itu bukan suara Nik Abduh kerana suara boleh ditiru

Dalam Islam bukti audio takleh pakai: Khairuddin Aman Razali kata itu bukan suara Nik Abduh kerana suara boleh ditiru - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dalam Islam bukti audio takleh pakai: Khairuddin Aman Razali kata itu bukan suara Nik Abduh kerana suara boleh ditiru, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dalam Islam bukti audio takleh pakai: Khairuddin Aman Razali kata itu bukan suara Nik Abduh kerana suara boleh ditiru
link : Dalam Islam bukti audio takleh pakai: Khairuddin Aman Razali kata itu bukan suara Nik Abduh kerana suara boleh ditiru

Baca juga


Dalam Islam bukti audio takleh pakai: Khairuddin Aman Razali kata itu bukan suara Nik Abduh kerana suara boleh ditiru

* Gunakan nama Islam lagi untuk berhelah......hisy macam Tokcha pulak!
Itu jer ke penafian dan alasan menolaknya cara PAS?
Patutnya buktikan cara forensik, cara sains dah ada dan boleh digunapakai sekarang ni Tok Lebai oiii.....

Itu bukan suara Nik Abduh, kata MP Kuala Nerus
mk  |  Dikemaskini 7 Mac 2018, 8:58 pagi
Seorang pemimpin ulama PAS hari ini menegaskan rakaman audio yang didakwa suara Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebenarnya bukan milik anggota parlimen Pasir Mas itu.

Menurut Datuk Dr Khairuddin Aman Razali ada ramai yang boleh meniru suara orang lain, termasuk menyerupai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta bapa Nik Abduh, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sebab itu dalam Islam, audio tidak menjadi satu inti yang kukuh (untuk dijadikan bukti) kerana ia terdedah untuk ditipu, ditiru dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Khairuddin yang juga bendahari Dewan Ulama Pusat PAS memberitahu Nik Abduh sendiri sudah membuat penafian sebelum ini.

Beliau diminta mengulas mengenai satu rakaman audio yang dikaitkan dengan Nik Abduh.
Petikan itu sekadar sepanjang kurang dari 80 saat dan melibatkan suara didakwa Nik Abduh yang mengaku menerima dana RM2 juta daripada Umno.

Ia juga melibatkan 'pengakuan' bagaimana PAS kononnya menerima bantuan untuk kegunaan pada pilihan raya negeri Sarawak serta gerakan menjatuhkan DAP.

Kini zaman fitnah

Ia mula menjadi tular sejak minggu lalu dan dipercayai bahagian kedua rakaman berkenaan akan didedahkan selepas ini.

Nik Abduh menganggap dakwaan berkenaan adalah suatu fitnah dan mengarut.

"Ia hanya sampah yang tak layak dimakan kecuali pelahap fitnah seperti PAN (Parti Amanah Negara) dan sekutunya. Saya menafikan sekeras-kerasnya," kata Nik Abduh.

Baca 'Dia ingat pahala ikut dia saja'

Nik Abduh turut menggesa pihak yang menyebarkan rakaman itu agar bertaubat jika tidak ingin ditimpa balasan Tuhan ekoran memfitnahnya.

Khairudin yang juga anggota parlimen Kuala Nerus memberitahu ramai orang mempunyai suara semula jadi yang mirip pemimpin PAS.

“Ia telah dinafikan oleh Nik Abduh. Ramai orang bersuara sama macam Tuan Guru Haji Hadi. (Allahyarham) Nik Aziz ramai orang yang boleh bersuara macam suara Nik Aziz.

Bagaimanapun untuk rekod ada pengkritik menegaskan penafian Nik Abduh itu bersifat umum dan beliau bukan menafikan suara itu adalah suaranya.

Khairuddin berkata sekarang adalah zaman fitnah dan PAS sudah lali dengan situasi sebegitu.

Katanya amalan politik fitnah akan merosakkan negara dan PAS tidak akan berbuat demikian demi meraih undi.

“PAS sudah lali dengan unsur-unsur fitnah seumpama ini. Sebab itu PAS berpendirian bahawa negara perlukan perubahan berdasarkan Islam.

“PAS takkan buat fitnah kepada mana-mana parti, itu bukan dasar kami," katanya.


Thus Article Dalam Islam bukti audio takleh pakai: Khairuddin Aman Razali kata itu bukan suara Nik Abduh kerana suara boleh ditiru

Itulah artikel Dalam Islam bukti audio takleh pakai: Khairuddin Aman Razali kata itu bukan suara Nik Abduh kerana suara boleh ditiru Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dalam Islam bukti audio takleh pakai: Khairuddin Aman Razali kata itu bukan suara Nik Abduh kerana suara boleh ditiru dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/dalam-islam-bukti-audio-takleh-pakai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dalam Islam bukti audio takleh pakai: Khairuddin Aman Razali kata itu bukan suara Nik Abduh kerana suara boleh ditiru"

Post a Comment