Eropah diserang Raksasa dari Timur - bergambar

Eropah diserang Raksasa dari Timur - bergambar - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Eropah diserang Raksasa dari Timur - bergambar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Eropah diserang Raksasa dari Timur - bergambar
link : Eropah diserang Raksasa dari Timur - bergambar

Baca juga


Eropah diserang Raksasa dari Timur - bergambar

Raksasa dari Timur bekukan Eropah
kosmo  -  04 Mac 2018 3:00 AM
Sesi ujian kereta Formula 1 di Circuit de-Catalunya, Barcelona, Sepanyol terpaksa ditangguh akibat salji tebal

PAGI itu, Christiana Nogueira bangun seperti biasa dan mula bersiap untuk ke pejabatnya yang terletak di Edinburg, Scotland, United Kingdom (UK).

Begitu pun, sebaik sahaja kaki kanannya memijak lantai bilik, wanita berambut panjang itu terkejut kerana lantai itu teramat sejuk dan mungkin lebih sejuk daripada hari-hari lain.

Kehairanan, Nogueira melihat ke arah alat jangka suhu yang diletakkan berdekatan pintu bilik tidurnya.

Suhu yang tercatat di situ ialah -3 darjah Celsius dan ia adalah suhu paling rendah yang pernah direkodkan pada bulan Mac.

“Suhu teramat sejuk dan saya terpaksa memakai berlapis-lapis baju,” ujarnya.

UK serta beberapa buah lagi negara Eropah termasuk Itali, Jerman, Poland, Ireland dan Switzerland dilanda cuaca sejuk melampau ekoran persinggahan angin dari Rusia iaitu angin Siberia atau turut dikenali sebagai ‘Raksasa dari Timur’.

Ekoran tiupan angin itu, UK bakal mengalami musim bunga paling sejuk dalam sejarah.Menurut seorang pegawai di pejabat meteorologi UK, Martin Bowles, bacaan suhu akan jatuh serendah -8 darjah Celsius di seluruh negara.

Fenomena pelik

“Ini merupakan satu fenomena yang pelik memandangkan cuaca sejuk sebegini berlaku pada penghujung musim sejuk.

“Kali terakhir fenomena suhu sejuk pada penghujung musim sejuk sebegini direkodkan di Altnaharra, Scotland pada tahun 1995.

“Ekoran suhu yang terus jatuh, musim bunga akan tertangguh dalam tempoh beberapa minggu lagi,” ujarnya kepada portal berita Mirror UK.

Angin Siberia turut membawa salji tebal, seterusnya menyebabkan suhu terus menjunam. Sehingga Jumaat lalu, suhu di Scotland mencecah -15 darjah Celsius.

Menjelaskan fenomena itu, UK Meteorological Office (UKMO) melaporkan, fenomena ini berkait dengan polar vorteks atau pusaran kutub. Angin daripada pusaran itu menyebabkan udara sejuk dari kawasan Artik bertiup ke arah benua Eropah dan UK. Pusaran kutub ini biasanya dikekang dari menerobos masuk ke bahagian selatan Bumi oleh satu peredaran angin yang dipanggil Jet Stream. Aliran ini yang bertiup dari barat ke timur menyempadani jasad udara sejuk dari Kutub Utara dan jasad udara panas di selatan.

“Biasanya, kami menjangkakan tiupan angin yang sederhana kencang dari arah Barat.

“Begitu pun, fenomena yang sedang berlaku kini meniupkan angin dari Timur, seterusnya menjejaskan sistem cuaca serta menggerakkan Jet Stream ke arah selatan,” tulis kenyataan tersebut.

Kadar pemanasan di Artik yang lebih daripada kawasan lain menyebabkan vorteks polar yang mengasingkan udara sejuk Artik dari kawasan latitud sederhana menjadi lebih lemah.

Ragut nyawa

Fenomena aneh ini menyebabkan suhu sejuk dan salji tebal terus melanda beberapa bahagian Eropah yang sudah sepatutnya ditumbuhi bunga-bunga mekar menandakan masuknya musim bunga.

Begitu pun, ini bukanlah suhu paling sejuk yang pernah direkodkan di UK.

Suhu paling rendah yang pernah direkodkan di UK setakat ini ialah di Bremar, timur Scotland iaitu serendah -27.2 darjah Celsius dan direkodkan pada 10 Januari 1982.

Sehingga Jumaat lalu, suhu sejuk melampau itu sudah pun meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa di seluruh Eropah.

Mereka yang terbunuh kebanyakannya merupakan gelandangan.

Bimbang jumlah tersebut meningkat, orang ramai di Jerman menggesa supaya pusat-pusat pemindahan sementara dibuka untuk gelandangan.

Ketua Persatuan Gelandangan Kebangsaan Jerman, Werena Rosenke berkata, pusat tumpangan sementara perlu beroperasi 24 jam sehari.

“Sebelum ini, pusat tumpangan sementara hanya dibuka pada waktu malam. Kini, saya berharap agar ia dibuka juga pada waktu siang.

“Suhu sejuk pada waktu siang juga boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan,” ujarnya.

Selain kematian, aktiviti penduduk di Eropah juga terjejas teruk akibat cuaca sejuk serta salji tebal.

Urusan terjejas

Antara negara paling teruk terjejas ialah Itali apabila hampir kesemua sekolah di negara itu dilaporkan terpaksa ditutup.

Memetik laporan laman web www.theguardian.com, penduduk di Itali marah apabila laluan kereta api juga turut terganggu akibat salji tebal.

Kekurangan perkakas mencairkan salji pula menyebabkan pekerja-pekerja di stesen-stesen kereta api terpaksa membersihkan timbunan salji dan ketulan ais-ais besar secara manual.

Salji tebal juga menjadikan beberapa perlawanan sukan yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Februari sehingga awal Mac terpaksa ditangguh.

Antaranya, termasuklah perlawanan Serie A antara Juventus dan Atalanta yang dijadualkan berlangsung Rabu lalu di Turin yang terpaksa ditunda pada 14 Mac depan.

Pekerja-pekerja di Allianz Arena, Munich terpaksa membersihkan timbunan salji setebal lima sentimeter yang memenuhi kawasan stadium.

Pengarah Juventus, Beppe Marotta dalam satu kenyataan memberitahu, aksi pemainnya hanya boleh ditonton kira-kira dua minggu lagi.

“Mustahil untuk pemain beraksi dengan keadaan padang seperti ini, namun ini juga tidak berbaloi untuk perebutan tempat teratas liga. Potensi pemain untuk mengalami kecederaan juga tinggi,” ujarnya.

Berkongsi kebimbangan, seorang penduduk di Turin, Itali yang hanya mahu dikenali sebagai Lester berkata, suhu yang terlampau sejuk menjadikan semua orang berada dalam keadaan yang kurang selesa.

“Rabu lalu, suhu yang direkodkan di Turin ialah -5 darjah Celsius.

“Ia teramat sejuk dan saya risaukan warga emas yang sudah tentu lebih sensitif terhadap suhu sejuk melampau sebegini.

“Saya berharap agar semua orang di luar sana memeriksa dan bertanya kepada ahli keluarga mereka khususnya yang sudah berusia jika mereka memerlukan apa-apa pertolongan dan bantuan bagi menghadapi cabaran semasa musim sejuk ini,” ujarnya.

Suhu sejuk dijangka akan berterusan sehingga minggu depan.

Orang ramai diminta untuk mengelak daripada berada di luar bangunan sepanjang tempoh ini. Ini bertujuan untuk mengelak daripada diserang penyakit-penyakit berkaitan cuaca sejuk.

Britain dan beberapa negara di Eropah dilanda cuaca sejuk akibat angin ‘Raksasa dari Timur’ sehingga musim bunga yang dijadualkan berlaku pada awal bulan ini terpaksa ditangguh.
SALJI setebal lima sentimeter memenuhi stadium Allianz, Itali, menyebabkan perlawanan Juventus menentang Atalanta terpaksa ditunda.
KEADAAN Taman Vuelta del Catillo di Sepanyol yang diselimuti salji tebal menyukarkan pergerakan orang ramai
 CHINA TOWN, London turut dihujani salji teba
SEORANG pegawai perhutanan di Jerman sedang memeriksa ketulan ais yang terhasil di pokok Rabu lalu
 HANYA satu laluan jalan yang boleh digunakan di Kildare, Ireland ekoran timbunan salji yang mula menebal di kawasan itu
 GAMBAR rajah menunjukkan fenomena polar vorteks yang sedang melanda Eropah
SEORANG jurugambar sedang merakam gambar Tasik Neuchatel, Gorgier, Switzerland yang keras membeku akibat angin Siberia.


Thus Article Eropah diserang Raksasa dari Timur - bergambar

Itulah artikel Eropah diserang Raksasa dari Timur - bergambar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Eropah diserang Raksasa dari Timur - bergambar dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/eropah-diserang-raksasa-dari-timur.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Eropah diserang Raksasa dari Timur - bergambar"

Post a Comment