Isu Murtad di Sarawak- Komentari saya.

Isu Murtad di Sarawak- Komentari saya. - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Isu Murtad di Sarawak- Komentari saya., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Isu Murtad di Sarawak- Komentari saya.
link : Isu Murtad di Sarawak- Komentari saya.

Baca juga


Isu Murtad di Sarawak- Komentari saya.

Oleh Hanipa Maidin 

 1. Ada beberapa individu meminta saya memberi komen tentang isu kenyataan akhbar PH Sarawak yang antara lain meminta agar satu SOP ( Standard Operating Procedures ) yang jelas berkenaan individu yang ingin keluar dari Islam mendapatkan apa yang dikatakan "Letter of Release" ( surat pembebasan ) daripada pihak yang berkenaan. 

 2. Saya percaya kenyataan akhbar itu dibuat sebagai tindak balas kepada keputusan Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Kuching baru baru ini berkaitan dengan kes "murtad" yang melibatkan Salina Jau Abdullah, Jenny Peter, Mohd Syafiq Abdullah@ Tiong Chi Tung dan Syarifah Nooraffyzza Wan Hosen (yang satu-satunya dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi memilih untuk keluar Islam dan mengganut Kristian ).Adapun ketiga- tiga yang lain itu asalnya memang beragama Kristian, peluk Islam bila berkahwin dengan pasangan yang Islam, malangnya tidak beramal dengan ajaran Islam dan selepas itu memilih untuk kembali semula ke agama Kristian. 

 3. Di dalam kes itu, dilaporkan kesemua pihak yang pilih untuk keluar dari Islam itu telah memohon agar Jabatan Pendaftaran Negara ( "JPN" ) untuk tukar nama Islam mereka kepada nama asal mereka dan gugurkan perkataan Islam di dalam kad pengenalan mereka. JPN telah tolak permohonan mereka kerana mereka telah gagal mendapatkan " letter of release" dari Jabatan Agama Islam Sarawak ( JAIS ). JAIS pula kata bahawa badan itu tidak ada kuasa untuk keluarkan " letter of release" tersebut. 

 4. Dilaporkan juga bahawa JAIS juga beritahu kepada para pemohon tersebut berdasarkan Ordinan yang berkaitan dan terpakai untuk Mahkamah Syariah di Sarawak, tidak ada peruntukkan yang bagi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk keluarkan "letter of release " tersebut. 

 5. Dalam keadaan sebegitu, saya boleh memahami dilema para pemohon itu. Dan bagi saya, suatu yang normal dan "natural" ( lumrah ) untuk mereka mendapatkan khidmat nasihat peguam yang boleh membantu mereka. Dan mereka telah dapatkan khidmat paguam yang bukan Islam dan juga seorang ADUN serta Pengerusi PKR Sarawak. Saya tak yakin ada peguam muslim di negeri itu yang berani dan bersedia untuk wakili para pemohon kecuali mereka bersedia berhadapan dengan " repurcussion" dan "stigma" seperti dilabel bela orang murtad khususnya dari mereka yang rasa diri mereka suci. 

 6. Dan, bagi saya, tiada yang luar biasa untuk peguam PKR itu untuk bantu keempat-empat pemohon itu di Mahkamah sivil .Namun, malangnya, dengan tak semena-mena peguam itu dituduh kononnya nak bawa agenda Kristian sehingga beliau dilaporkan menerima ugutan atau ancaman bunuh. Jika ancaman bunuh itu datang dari orang Islam, bagi saya, bukan sahaja ia tidak patut dan tidak adil ,malahan memalukan!!! 

 7. Ini pandangan peribadi saya . Ini bukan pandangan rasmi Parti Amanah. Bagi saya , setakat yang saya baca dan setakat dalam pengetahuan saya , memang wujudnya kelompangan ( loopholes/lacuna ) di dalam Ordinan di Sarawak berkaitan isu murtad ini. Dan dalam konteks tersebut, kenyataan PH Sarawak bahawa perlu adanya SOP yang jelas mengenai isu "letter of release" adalah, bagi saya, munasabah dan amat relevan sekali. 

 8 . Dalam isu " murtad" ( irtidad ) ini , setakat yang saya tahu, umumnya para ulama Islam mengatakan ia adalah satu jenayah ( atau jarimah ). Cumanya, mereka berbeza pendapat adakah ianya termasuk dalam kesalahan hudud atau tidak. Begitu juga, ulama berbeza pendapat tentang hukuman ke atas muslim yang murtad. 

 9. Cuma yang agak istimewa bagi kesalahan murtad ini, jika hendak dibezakan dengan kesalahan-kesalahan syariah yamg lain , adalah wujudnya apa yang dipanggil "istitabah" ( peluang diberikan kepada orang yang murtad untuk bertaubat ). Ulama berbeza pendapat jumlah hari yang wajar diberikan itu. 

 10. Saya rasa jika peruntukkan tentang SOP yang jelas untuk keluar dari Islam atau pengeluaran "letter of release" dalam Ordinan Mahkamah Syariah Sarawak 2001 pun tidak ada, peruntukkan bahawa murtad satu kesalahan jenayah syariah juga berkebarangkalian besar juga mungkin tidak ada. 

 11. Dalam hal ini, saya berpendapat mungkin perlu dibezakan antara mereka yang masuk Islam kerana sebab tertentu misalnya kerana berkahwin, lepas itu tak beramal dengan ajaran Islam even yang paling asas , lalu murtad dengan mereka yang lahir sebagai muslim dan dibesarkan sebagai muslim , tiba-tiba murtad. Di sinilah kenapa perlunya ada satu SOP yang jelas dalan Ordinan di Sarawak bagi nak selesaikan masalah seperti ini. 

 12. Dalam isu sesentitif seperti ini tidak wajar mana-mana pihak khususnya orang Islam mengeluarkan kenyataan seperti kenyataan seorang AJK pusat parti suci yang orang putih kata "playing to the gallery". Dulu si mamat ini cuba jadi hero tentang isu pindaan Akta 164, kini nampaknya nak jadi hero lagi. 

 13. Bagi saya, umat islam sewajarnya dalam isu sebegini menjadi " part of the solutions " dan bukan jadi " part of the problems" . Kenyataan simplistik spt " hudud adalah penyelesaian" dalam isu serumit ini , bagi saya lah, hanya sesuai dikeluarkan oleh mereka yang tak mahu susah payah memerah otak untuk berfikir. 

 14. Sebagai satu perkongsian sahaja...dalam kes Mardina Tiara Abdullah v Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak & 3 yang lain, Y.A Hakim Stephen Chung J antara lain menyatakan " it has been held that although the Sarawak Syariah Court Ordinance 2001 does not provide for the conversion in or out of Islam, Part VIII of the Majlis Islam Sarawak Ordinance, 2001 provides for the conversion to the religion of Islam and by implication the Syariah Courts have the jurisdiction to deal with conversion out of Islam." 

 Allah lebih tahu. 

 YB Sepang. 4.03.2018 ~ sumber


Thus Article Isu Murtad di Sarawak- Komentari saya.

Itulah artikel Isu Murtad di Sarawak- Komentari saya. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Isu Murtad di Sarawak- Komentari saya. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/isu-murtad-di-sarawak-komentari-saya.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isu Murtad di Sarawak- Komentari saya."

Post a Comment