Tajuk : Eusoffe Abdoolcader hakim legenda
link : Eusoffe Abdoolcader hakim legenda
Eusoffe Abdoolcader hakim legenda
Eusoffe Abdoolcader hakim legenda, suami penyayang, rakan yang baik
Looi Sue-Chern · Diterbitkan pada 25 Mar 2018 11:00AM
Dr Eusoffe Abdoolcader adalah salah seorang daripada lima hakim yang digantung tugas dalam krisis kehakiman di negara ini pada 1988. – Gambar The Malaysian Insight, 25 Mac, 2018
ALLAHYARHAM Dr Eusoffe Abdoolcader, salah seorang daripada lima hakim kanan yang digantung tugas ketika krisis kehakiman pada 1988, seorang peguam dan hakim mahkamah agung yang sangat dihormati, dan mungkin juga hakim terbaik pernah ada di Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Majlis Peguam Pulau Pinang T. Tharumarajah menyifatkan beliau sebagai ensiklopedia, semua undang-undang di hujung jarinya dan hakim yang cekap, tegas serta menggerunkan.
Tetapi rakan keluarganya, TD Ampikaipakan mengenang beliau sebagai seseorang yang ada sisi lembutnya – suami penyayang dan kawan yang murah hatinya.
“Beliau orang yang tegas dan kelihatan sombong tetapi sebaliknya, beliau juga mudah meminta maaf jika melakukan kesalahan ,” katanya.
Konsultan itu bercakap tentang bagaimana beliau suami isteri menjadi rakan kepada hakim mahkamah agung itu pada majlis penghormatan untuk Eusoffe di George Town anjuran Jawatankuasa Majlis Peguam Pulau Pinang dan penerbit Akasaa pada Khamis.
Akasaa baru-baru ini menerbitkan buku “The Legal Lion of the Commonwealth: Judgments”. Buku dua jilid suntingan Angela Yap dan Ritchie Ramesh itu mengandungi sejarah tentang Eusoffe dan koleksi penghakimannya yang penting dalam kes perlembagaan di Malaysia.
Ampikaipakan bertemu Eusoffe pada 1985 ketika suaminya seorang pakar paru-paru yang ketika itu berusia 35 tahun menjadi doktor yang merawat Haseenah, isteri Eusoffe. Suaminya kerap ke rumah mereka untuk merawat Haseenah, yang mengalami kanser tekak dan kemudian pneumonia yang memerlukan pemantauan dan pemeriksaan perubatan.
Ampikaipakan, yang sering menghantar suaminya ke rumah hakim itu, berkata mereka perlu tiba di rumah itu pada jam 5.30 petang dan Eusoffe akan menanti mereka, dengan pintu pagar terbuka.
Katanya, hakim itu akan kelihatan bengang jika doktor datang lewat tetapi tidak kata apa-apa sehinggalah kali ketiga kelewatan berlaku.
Tetapi selepas mendengar penjelasan suaminya yang mereka tersangkut di hospital kerana ada pesakit, Eusoffe memahami dan lekas meminta maaf kerana marah.
“Perlahan-lahan dari situ, hubungan antara mereka berdua semakin erat. Beliau suka kepada suami saya. Mereka biasanya berbual tiga kali sehari,” kata Ampikaipakan.
TD Ampikaipakan mengenang Dr Eusoffe Abdoolcader sebagai seorang suami penyayang dan kawan yang murah hatinya. – Gambar The Malaysian Insight, 25 Mac, 2018
Katanya, mereka melihat sendiri bagaimana hakim itu kelihatan keseorangan ketika berdepan cabaran dalam kerjaya dan terpaksa menjaga isterinya yang sakit dan kemudian terlantar.
Ampikaipakan berkata ada orang yang datang bersalam dengan Eusoffe ketika mereka keluar makan malam pada “zaman gelapnya” selepas digantung tugas dalam krisis perlembagaan Malaysia pada 1988.
“Beliau akan memandang kami dan berkata tidak kenal mereka. Kami kata, itu kerana mereka menghormatinya kerana mempertahankan apa yang dirasakan betul.
“Betapa sunyinya hidup seorang hakim kerana tidak ada kawan. Tetapi suami saya seorang doktor, jadi mereka berkawan baik,” katanya, menambah sehingga hari ini suaminya masih sukar bercakap tentang Eusoffe, yang meninggal dunia ketika berusia 71 tahun pada Januari 1996.
Ampikaipakan bercerita tentang betapa Eusoffe sayangkan isterinya, yang tua kira-kira 10 tahun daripadanya.
Katanya, selepas Eusoffe bersambung tugas, tekanan kerja mula menyebabkan beliau mengalami sakit dada dan ujian mendapati beliau memerlukan pembedahan tetapi enggan menjalaninya kerana mahu meninggal dunia sebelum isterinya.
“Kemudian beliau tukar fikiran, dan menjalani pembedahan, cepat-cepat hendak baik, selepas kami tanya siapa akan menjaga Haseenah jika beliau mati dulu.
“Saya tidak faham cinta mereka. Eusoffe cakap bahasa Inggeris, Haseenah cakap bahasa Cina. Mereka berkomunikasi dalam bahasa Melayu yang teruk juga. Saya fikir ada telepati minda antara mereka.”
Ampikaipakan berkata Eusoff yang ketika itu hampir mencecah usia 70 tahun sanggup menyerahkan buah pinggangnya kepada Haseenah bila organ isterinya itu mula gagal berfungsi sebelum meninggal dunia pada 1993 di Pulau Pinang.
“Haseenah nazak dan semua doktor takut hendak beritahu Eusoffe. Saya datang ke Pulau Pinang dan beritahunya lepaskan jika beliau sayangkan Haseenah.
“Beliau menangis dengan kuatnya. Beliau hilang jiwanya. Sangat sedih saya melihatnya. Haseenah meninggal dunia, dua hari selepas itu,” kata Ampikaipakan.
Setiap tahun ketika ulang tahun kematian Haseenah, Eusoff akan membeli ruangan iklan di akhbar untuk menyiarkan puisi cintanya untuk isteri.
Ampikaipakan berkata kali terakhir beliau melihat puisi untuk Haseenah, ia ditulis dalam bahasa Latin, dan tidak disangkanya tiada lagi puisi selepas itu.
“Eusoffe meminta suami saya belikan pencungkil gigi berubat dan buah badam bergula ketika suami saya akan ke London. Itu sehari sebelum Eusoffe membunuh diri,” katanya. – 25 Mac, 2018.
Baca berita penuh di sini.
* Tak tahulah apa yang tersirat di dalam rencana ini? Adakah mahu ceritakan Eusoffe adalah seorang Hakim yang baik dan tegas tetapi mempunya hati yang bersih dan lembut? Atau nak ceritakan walau pun itulah sifat Eusoffe seorang Muslim tetapi sanggup bunuh diri kerana cinta diambil Allah yang Maha Kuasa dan tidak ada kesabaran untuk hadapi situas itu, lantas dia membunuh diri? Adakah tulisan ingin mengungkapkan yang Muslim dan bukan muslim pada pandangannya akan bertindak serupa bila putus asa?
Wallahu aklam....

Thus Article Eusoffe Abdoolcader hakim legenda
Itulah artikel Eusoffe Abdoolcader hakim legenda Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Eusoffe Abdoolcader hakim legenda dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/eusoffe-abdoolcader-hakim-legenda.html
0 Response to "Eusoffe Abdoolcader hakim legenda"
Post a Comment