'Rakyat belum merasa PM daripada PAS': Tapi bukankah rakyat Kelantan, Terengganu dan kedah dah merasa gaya pemerintahan PAS?

'Rakyat belum merasa PM daripada PAS': Tapi bukankah rakyat Kelantan, Terengganu dan kedah dah merasa gaya pemerintahan PAS? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Rakyat belum merasa PM daripada PAS': Tapi bukankah rakyat Kelantan, Terengganu dan kedah dah merasa gaya pemerintahan PAS?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Rakyat belum merasa PM daripada PAS': Tapi bukankah rakyat Kelantan, Terengganu dan kedah dah merasa gaya pemerintahan PAS?
link : 'Rakyat belum merasa PM daripada PAS': Tapi bukankah rakyat Kelantan, Terengganu dan kedah dah merasa gaya pemerintahan PAS?

Baca juga


'Rakyat belum merasa PM daripada PAS': Tapi bukankah rakyat Kelantan, Terengganu dan kedah dah merasa gaya pemerintahan PAS?

'Rakyat belum merasa PM daripada PAS'
mk  |  Dikemaskini 25 Mac 2018, 7:12 petang
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi meminta rakyat untuk memilih perdana menteri daripada PAS dengan memenangkan parti itu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Beliau berkata negara selama ini hanya ditadbir BN dan malah calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) juga merupakan bekas perdana menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

"HARAPAN akan menampilkan bekas perdana menteri yang akan (memegang jawatan itu) semula, sama juga dengan BN (Datuk Seri Najib Razak) yang jadi perdana menteri sekarang.

"Anda sudah ada pengalaman dengan kedua-duanya, tetapi belum ada pengamalan mempunyai perdana menteri daripada PAS," katanya dalam program Dialog Perpaduan Nasional di Shah Alam, hari ini.
Mahathir yang mentadbir negara selama 22 tahun dicalonkan semula ke jawatan itu oleh HARAPAN bagi menempuhi PRU ke-14.

Najib pula dilantik menjadi perdana menteri pada April 2009 dan kini menjadi pemimpin ketiga yang paling lama memegang jawatan itu, selepas Mahathir dan Tunku Abdul Rahman.

PAS menyasarkan meletakkan sekurang-kurangnya calon di 130 kerusi parlimen bagi mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, atau sekurang-kurangnya menyertai pembentukan kerajaan.

Di peringkat negeri pula, parti itu menyasarkan menang di Kelantan, Terengganu, Selangor, Perlis dan Kedah.

Sallehen berkata lagi, rakyat boleh menukar kerajaan pada PRU seterusnya jika PAS gagal mencapai piawaian selama sepenggal mentadbir negara.
"Beri peluang sekurang-kurangnya satu penggal kepada PAS dan kita akan gunakan peluang itu sebaiknya," katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak.

Beliau berkata PAS akan menampilkan majoriti calon daripada golongan muda dan pelbagai kaum pada PRU ke-14.

"Kita tidak ambil calon berumumr 93 tahun ke atas, tetapi yang muda, bertenaga, profesional, dan daripada pelbagai bangsa," katanya lagi.

Di Selangor juga

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam berkata parti itu telah memuktamadkan 90 peratus calonnya namun tidak akan membuat pengumuman seperti parti lain.

Sallehen juga meminta rakyat memberi peluang yang sama kepada parti itu di Selangor.

"Kita tengok bagaimana kita dapat realisasikan dalam sepenggal. Kita ingin membina rasa hormat antara agama dan budaya, ini yang paling penting.

"Sehingga pada pandangan orang Melayu dan Islam, orang bukan Melayu dan bukan Islam adalah saudara. Mereka bukan musuh tetapi saudara," katanya lagi.


Thus Article 'Rakyat belum merasa PM daripada PAS': Tapi bukankah rakyat Kelantan, Terengganu dan kedah dah merasa gaya pemerintahan PAS?

Itulah artikel 'Rakyat belum merasa PM daripada PAS': Tapi bukankah rakyat Kelantan, Terengganu dan kedah dah merasa gaya pemerintahan PAS? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Rakyat belum merasa PM daripada PAS': Tapi bukankah rakyat Kelantan, Terengganu dan kedah dah merasa gaya pemerintahan PAS? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/rakyat-belum-merasa-pm-daripada-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "'Rakyat belum merasa PM daripada PAS': Tapi bukankah rakyat Kelantan, Terengganu dan kedah dah merasa gaya pemerintahan PAS?"

Post a Comment