Tajuk : Husam Musa Gesa Pas Siasat Siapa Yang Terima Wang Umno
link : Husam Musa Gesa Pas Siasat Siapa Yang Terima Wang Umno
Husam Musa Gesa Pas Siasat Siapa Yang Terima Wang Umno
HUSAM MUSA GESA PAS SIASAT SIAPA TERIMA WANG UMNO
Berikut adalah transkrip ucapan Husam mengulas penafian Ust Nik Abduh berhubung rakaman audio pengakuan dirinya dan beberapa pemimpin Pas lain termasuk Hj Hadi yang telah ambil duit Umno. Vdonya ada di hujung tulisan.
Semalam Ust Nik Abduh membuat suatu catatan dalam FB, di antara kandungan dalam catatan dia ialah "Saya menafikan sekeras-keras ..."
Jadi saya malam ini saya bertanyakan apakah yang dia nafikan? Adakah dia nafikan suara dalam audio itu suara dia?
Jadi ini terpulang kepada kita semua yang dengarlah... Saya berharap semua ahli Pas dapat mendengar audia itu dan tentukan sendiri suara Husam kah? Suara Lim Guan Eng kah? Suara Jeming Hasan kah? Suara Ust Ahmad Awang kah?... Suara siapa?
Oleh kerana perkara itu sudah terdedah sekarang, dan adalah sukar untuk menafikan dengan begitu sahaja... Saya nafi, maka ternafi??... Dia taak boleh macam itu.
Kita kena tentukan; Khususnya Pas... saya cadangkan Pas menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat perkara ini.
Oleh kerana ucapan itu dibuat dalam satu majlis tertutup, tentulah ada orang yang hadir. Dan ada penganjurnya. Ada tarikhnya...
Perkara-perkara yang disebut itu adalah daripada mulut orang ini.... kalau kita nak reka, payah nak masukan tajuk-tajuk dalam kandungan ucapan itu...
Dan yang disebut dalam ucapan itu adalah 'menerima wang daripada Umno.'
Jadi kalau itu sudah disebut, Pas kena tahu siapa yang telah terima wang itu... berapa jumlahnya?
Dan untuk membolehkan Pas masuk pilihanraya dengan menyakinkan kepada ahli dan rakyat, Pas kena buktikan bahawa rakaman itu adalah tidak wujud.
Kalau rakaman itu wujud, Pas kena ambil tindakan kepada apa-apa perkara yang berkait dengan kepentingan parti dan nama baik Pas.
Orang yang mengambil wang itu kena diambil tindakan. Kalau Pas nak selamat.
Tapi kalau Pas bersifat kroni, bersifat tidak adil... hanya nak menyelamatkan beberapa kerat pemimpin, itu, masalah dia... saya tidak tahu.
Tetapi selama ini Pas meminta bukti. Salah satu bukti yang ada dalam media sosial hari ini adalah rakaman ucapan yang suaranya adalah suara Ust Nik Abduh.
Dalam ucapan saya tadi, ada saya sebut, saya ada rakaman itu. Dan apabila rakaman ini dimuatnaik dalam FB, saya meneliti, ada beberapa siri rakaman. Ada suara yang kurang jelas, ada suara yang sangat jelas... Jadi saya pun tak tahu siapa yang muatnaik ini.
Tetapi saya boleh mengesahkan bahawa, apa yang dimuatnaik itu, sama dengan kandungan rakaman yang saya miliki.
Saya janji nak dedahkan rakaman ini pada masa pilihanraya dah dekat, parlimen dah dibubarkan... tapi tengok-tengok dah ada orang keluarkan.
Saya tak tahu siapa yang keluarkan... mungkin pihak dalaman Pas sendiri yang tidak bersetuju dengan tindakan beberapa pihak dalam Pas bekerjasama dengan Umno, termasuk dari segi kewangan...Mungkin mereka mengambil insiatif sendiri, saya pun tidak tahu...
Dan berdasarkan kepada apa yang telah disiarkan, masih ada lagi baki rakaman itu...
Saya bertanggungjawap terhadap rakaman saya. Rakaman yang orang (lain) muatnaik, itu tanggungjawab dialah...Tetapi saya mengesahkan, rakaman yang dimuatnaik itu adalah sama dengan rakaman saya.
Sepatutnya dia samanlah... Dia tak boleh ugut saya.... Tetapi saya tak mahu ulas pasal saman ini... pasal saya sendiri telah diugut oleh Pas ni nak saman berpuluh dah... Kerajaan Kelantan nak saman saya dah berapa puluh?? Sampai hari ini, alhamdulillah saman itu tidak ada.
Thus Article Husam Musa Gesa Pas Siasat Siapa Yang Terima Wang Umno
Itulah artikel Husam Musa Gesa Pas Siasat Siapa Yang Terima Wang Umno Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Husam Musa Gesa Pas Siasat Siapa Yang Terima Wang Umno dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/husam-musa-gesa-pas-siasat-siapa-yang.html
0 Response to "Husam Musa Gesa Pas Siasat Siapa Yang Terima Wang Umno"
Post a Comment