ISU SOP Keluar Islam Di Sarawak

ISU SOP Keluar Islam Di Sarawak - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ISU SOP Keluar Islam Di Sarawak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ISU SOP Keluar Islam Di Sarawak
link : ISU SOP Keluar Islam Di Sarawak

Baca juga


ISU SOP Keluar Islam Di Sarawak

Pemimpin PH Sarawak, Baru Bian, Chong Chieng Jen dan Fidzuan Zaidi 
1. Malaymailonline(2/3/2018)  melaporkan bahawa PH Sarawak telah memohon dibuat SOP berkaitan prosedur keluar Islam. 

 2. Sewaktu membuat kajian NHRAP, ada aduan diterima daripada masyarakat di sana mengenai isu ini yang mana mereka mengadu kepayahan untuk mendapatkan status agama mereka. Ini kerana mereka menyatakan bahawa hanya nama dalam kad pengenalan mereka yang mirip nama orang Islam tetapi mereka tidak pernah beramal dalam agama Islam. 

 3. Ini banyak sekali berlaku di Sabah atau Sarawak kerana masyarakat di sana terdiri daripada pelbagai etnik dan berlaku inter-marriage. Jadi kadang-kala ada pasangan yang mendaftar nama sebagai orang Islam (bukan menganut Islam) kerana ingin berkahwin dan kemudian bercerai. Anak-anak pun terabai dan dijaga oleh keluarga bukan Islam semenjak kecil sehingga besar. 

 4. Masalah mereka adalah kerana Mahkamah Syariah di sana enggan menerima penfailan kes kerana tiada undang-undang yang jelas. Mahkamah Syariah meminta hal ini diselesaikan di peringkat pejabat agama. JPN pula hanya mengiktiraf perintah rasmi Mahkamah Syariah (akhirnya melalui perbincangan dalaman JPN mengecualikan perintah Mahkamah Syariah bagi negeri Sarawak dan memadai dengan pengesahan status agama Islam oleh pejabat agama). 

 5. Jadi, apabila hal ini diletakkan di bawah pejabat agama Islam, ianya lebih bersifat administratif atau pentadbiran. Setiap perkara yang berkaitan pentadbiran perlukan SOP yang jelas supaya wujud sistem yang teratur. Bagi saya apa yang dicadangkan oleh PH Sarawak itu adalah isu yang perlu diselesaikan bagi keharmonian dan maslahah di sana. Saya percaya kerajaan BN Sarawak pada masa Allahyarham Tan Sri Adenan Satem juga akan mengambil tindakan yang sama. 

 6. Berkaitan penghakiman Mahkamah Persekutuan yang menolak untuk memberikan kuasa kepada Mahkamah Sivil atas alasan bahawa Mahkamah Syariah sudah mempunyai bidangkuasa ekslusif dalam hal ini sepatutnya disambut baik oleh pejabat agama Islam dan kerajaan negeri Sarawak. Sudah ada negeri yang menggubal undang-undang ini, contohnya di Negeri Sembilan. Alangkah baiknya jika pentadbiran agama Islam dapat diperkemaskan dengan memperincikan dengan jelas prosedur, SOP dan disokong dengan undang-undang. 

 7. Ingatlah bahawa hari ini Mahkamah Persekutuan telah memberikan kuasa tersebut kepada Mahkamah Syariah. Jika pejabat agama Islam gagal bertindak pantas, dikhuatiri akan datang Mahkamah Persekutuan memberikan pentafsiran yang berbeza. Maka, tatkala itu tak guna lagi untuk menyesal. 

Dr Zulqarnain Lukman 
Timbalan Pengarah Biro Kanun Amanah Nasional 
3 Mac 2018 / 15 Jamadil Akhir 1439H


Thus Article ISU SOP Keluar Islam Di Sarawak

Itulah artikel ISU SOP Keluar Islam Di Sarawak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ISU SOP Keluar Islam Di Sarawak dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/isu-sop-keluar-islam-di-sarawak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ISU SOP Keluar Islam Di Sarawak"

Post a Comment