JANGANLAH TUDUH ORANG LAIN SEBARANGAN, ITU ISUNYA

JANGANLAH TUDUH ORANG LAIN SEBARANGAN, ITU ISUNYA - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk JANGANLAH TUDUH ORANG LAIN SEBARANGAN, ITU ISUNYA, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : JANGANLAH TUDUH ORANG LAIN SEBARANGAN, ITU ISUNYA
link : JANGANLAH TUDUH ORANG LAIN SEBARANGAN, ITU ISUNYA

Baca juga


JANGANLAH TUDUH ORANG LAIN SEBARANGAN, ITU ISUNYA

Oleh : Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

 1. Tak semua orang hebat dalam semua perkara. Semua orang tahu hal itu, dan itu bukan isunya. Saya boleh main pingpong, tapi tak tahu main ragbi.

 2. Jika saya tahu main pingpong, saya tak boleh hina orang main ragbi. Saya tak boleh pandang orang main ragbi dengan pandangan serong dan negatif.

 3. Saya tak boleh kata orang main ragbi sokong LGBT, sokong murtad, tolak Islam, anti ulama, hanya kerana orang main ragbi berebut sebiji bola kemudian melemparnya kpd orang lain.

 4. Isunya, ialah jangan tuduh orang lain sebarangan hanya kerana berbeza pandangan dan pendekatan. Perbezaan adalah fitrah alam.

 5. Saya dikata sokong LGBT hanya kerana saya bersetuju dgn pandangan seseorang (saya tak mahu sebut nama) dlm bidang undang-undang berkaitan hak utk mendapat kebebasan.

 6. Saya dikata sokong murtad apabila saya menyokong pewujudan SOP mengenai isu permohonan perisytiharan sebagai bukan muslim di Sarawak.

 7. Saya dikata anti ulama hanya kerana tidak bersetuju dengan ulama Pas. Dan, dikata merungkai ikatan Islam dari tengkuk hanya kerana keluar Pas.

 8. Apabila kita pandai menulis (jika pandailah) dan pandai merekod peristiwa (macam kata moderator itu), baguslah. Itu kelebihan anugerah Tuhan. Syukurilah.

 9. Cuma, janganlah gunakan kelebihan itu utk petik ucapan orang lain dan hurai di luar konteks utk tuduh orang itu dgn tuduhan buruk semata-mata kerana kita tak bersetuju dengannya.

 10. Tuduhan sokong murtad, tak mahu laksana Islam, merestui evangelis, ini bukan tuduhan kecil. Tuduhan sebegitu berbaur faham takfiri.

 11. Justeru, isunya bukan soal pandai bercakap atau tidak, tetapi bagaimana kita bercakap. Bagi saya Kevin pun tak pandai sangat bercakap (dlm konteks wacana), tapi dia tidak dikutuk.

 12. Kenapa? Sebab dia tidak diketahui pernah menulis sesuatu yg berburuk-sangka tentang orang lain. Dan cakapnya dalam wacana itu masih di atas landasan yg bebas bauran sangkaan buruk.

 13. Bukan salah utk seseorang menulis mengikut kecenderungannya. Saya juga begitu. Cuma bebaskan tulisan drpd tohmahan dan tuduhan tidak berasas.

 14. Saya juga tiada masalah utk mana-mana orang mengkritik Mahathir hatta dari sudut usia sekalipun asalkan kritikan itu dibuat secara beradab dan bertujuan muhasabah.

 15. Tetapi jika kritikan itu ada unsur penghinaan peribadi, pemutaran fakta ikut selera, itu bukan pendekatan sihat. Itu pelepasan kesumat.

 16. Itulah sebenarnya, bagi saya, punca netizen mempersoalkan keupayaan pensyarah itu berwacana. 

 17. Isunya bukan pandai bercakap atau petah berpidato atau tidak, isunya ialah apa yg kita cakapkan di hadapan khalayak. 
Tanam ubi atas batas,
Cukup matang cabutlah akar,
Cakap berisi cakap beralas,
Pahala dapat manfaat pun besar.


Thus Article JANGANLAH TUDUH ORANG LAIN SEBARANGAN, ITU ISUNYA

Itulah artikel JANGANLAH TUDUH ORANG LAIN SEBARANGAN, ITU ISUNYA Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel JANGANLAH TUDUH ORANG LAIN SEBARANGAN, ITU ISUNYA dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/janganlah-tuduh-orang-lain-sebarangan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "JANGANLAH TUDUH ORANG LAIN SEBARANGAN, ITU ISUNYA"

Post a Comment