Waraskan minda kita: Musim mengarut telah tiba pada politik Malaysia

Waraskan minda kita: Musim mengarut telah tiba pada politik Malaysia - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Waraskan minda kita: Musim mengarut telah tiba pada politik Malaysia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Waraskan minda kita: Musim mengarut telah tiba pada politik Malaysia
link : Waraskan minda kita: Musim mengarut telah tiba pada politik Malaysia

Baca juga


Waraskan minda kita: Musim mengarut telah tiba pada politik Malaysia

Adakah rakyat Malaysia sudah lali dengan perkara mengarut?
The Malaysian Insight · Diterbitkan pada 24 Mar 2018 7:00AM
Pilihan Raya Umum ke-14 akan menjadi bukti sejauh mana rakyat Malaysia terkesan dengan segala pendedahan dan isu negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Mac, 2018

KITA sudah sampai di selekoh akhir sebelum Parlimen dibubar dan tarikh pilihan raya diumumkan, yang kemungkinan besar diadakan sebelum bermulanya bulan puasa pada pertengahan Mei.

Inilah juga masanya musim mengarut ketika mana ancaman dihamburkan begitu saja; ketika mana barisan menteri akan sekali lagi membuktikan yang tidak perlu cekap untuk berkhidmat; ketika mana skandal dicap sebagai berita palsu sementara berita palsu menyamar sebagai berita dalam media arus perdana.

Rakyat Malaysia sudah tengok dan dengar semuanya sebelum ini. Malangnya, tiada apa lagi yang mengejutkan kita.

Tanya saja diri sendiri soalan-soalan ini:

1. Terkejut tidak apabila aktivis Felda Mazlan Aliman ditangkap di rumahnya pada 1.45 pagi selepas kritikan kerasnya terhadap kerajaan dan isteri perdana menteri tersebar di Internet?

2. Adakah sesuai ucapan seorang pemimpin Umno yang menggesa ahli partinya merosakkan tempat orang berniaga yang dianggap anti kerajaan dengan watak seorang ahli politik pemerintah?

3. Terkejut atau tidak apabila ahli politik Umno kelam kabut hendak mempertahankan ahli perniagaan Jho Low dan mengulang-ulang pendirian parti yang 1Malaysia Development Berhad tidak buat salah apa-apa?

4. Terkejut atau tidak apabila polis menutup siasatan melibatkan ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan dakwaan beliau ada hubungan sulit semasa dalam urusan kerajaan?

5. Terkejut atau tidak apabila kerajaan terus memohon peruntukan tambahan walaupun kononnya membentangkan belanjawan yang dikatakan mengurangkan defisit?

Kalau jawapan kepada semua lima soalan itu "TIDAK", itu tandanya betapa manglinya rakyat Malaysia kepada hal-hal yang mengarut dan memalukan.

Tambah sedih lagi, kita tidak boleh mengharapkan mana-mana institusi untuk membantu menyelamatkan Malaysia.

Terlepas daripada semua itu, semuanya bergantung pada anda semua. – 24 Mac, 2018.


Thus Article Waraskan minda kita: Musim mengarut telah tiba pada politik Malaysia

Itulah artikel Waraskan minda kita: Musim mengarut telah tiba pada politik Malaysia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Waraskan minda kita: Musim mengarut telah tiba pada politik Malaysia dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/waraskan-minda-kita-musim-mengarut.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Waraskan minda kita: Musim mengarut telah tiba pada politik Malaysia"

Post a Comment