[Video Uncle Soh Puisi Tanpa Tajuk-Najib Makan Quinoa & Umno Sapu Isi Rakyat Dapat Hirup Kuah Aje!] TANGGUNGAN HUTANG 1MDB BOLEH Pendidikan Percuma Tak Boleh & Undi Pas juga haram.

[Video Uncle Soh Puisi Tanpa Tajuk-Najib Makan Quinoa & Umno Sapu Isi Rakyat Dapat Hirup Kuah Aje!] TANGGUNGAN HUTANG 1MDB BOLEH Pendidikan Percuma Tak Boleh & Undi Pas juga haram. - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video Uncle Soh Puisi Tanpa Tajuk-Najib Makan Quinoa & Umno Sapu Isi Rakyat Dapat Hirup Kuah Aje!] TANGGUNGAN HUTANG 1MDB BOLEH Pendidikan Percuma Tak Boleh & Undi Pas juga haram., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video Uncle Soh Puisi Tanpa Tajuk-Najib Makan Quinoa & Umno Sapu Isi Rakyat Dapat Hirup Kuah Aje!] TANGGUNGAN HUTANG 1MDB BOLEH Pendidikan Percuma Tak Boleh & Undi Pas juga haram.
link : [Video Uncle Soh Puisi Tanpa Tajuk-Najib Makan Quinoa & Umno Sapu Isi Rakyat Dapat Hirup Kuah Aje!] TANGGUNGAN HUTANG 1MDB BOLEH Pendidikan Percuma Tak Boleh & Undi Pas juga haram.

Baca juga


[Video Uncle Soh Puisi Tanpa Tajuk-Najib Makan Quinoa & Umno Sapu Isi Rakyat Dapat Hirup Kuah Aje!] TANGGUNGAN HUTANG 1MDB BOLEH Pendidikan Percuma Tak Boleh & Undi Pas juga haram.

Selasa, 7 Mac 2018
Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan

TANGGUNGAN HUTANG 1MDB BOLEH MANSUHKAN HUTANG PTPTN BAGI 1.7 JUTA PEMINJAM


Saya merujuk kepada laporan mengenai dialog Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan pelajar-pelajar Malaysia di Amerika Syarikat yang antara lainnya memetik kenyataan beliau bahawa pendidikan percuma dan pemansuhan hutang PTPTN hanya dapat dibuat sekiranya rakyat sanggup membayar cukai pendapatan yang lebih tinggi.
Visi pendidikan percuma yang merangkumi pemansuhan hutang PTPTN dan rombakan semula pembiayaan pendidikan tinggi negara adalah salah satu lontaran idea oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menjadi isu hangat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
Sebagai seorang aktivis pendidikan percuma dan pemansuhan hutang PTPTN, saya telah mengutarakan beberapa kaedah dan kos bagaimana dasar ini boleh dilaksanakan, iaitu:
1. Hutang yang diambil oleh PTPTN boleh dibayar secara ansuran sebanyak RM2 bilion setiap tahun
2. Pemansuhan yuran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi kesemua pelajar IPTA (dianggarkan 470,000 bagi tahun 2013) dianggarkan RM791 juta setiap tahun
3. Kos menyediakan elaun sara hidup bagi 400,000 pelajar IPTA dan 150,000 pelajar IPTS dianggarkan RM2.75 bilion setahun
4. Kos menyediakan satu tabung pinjaman pendidikan IPTS tanpa faedah sebanyak RM450 juta setahun
Oleh yang demikian, saya yakin dasar pendidikan percuma dan pemansuhan hutang PTPTN dapat dilaksanakan dengan peruntukan RM6 bilion setahun oleh kerajaan bagi tujuan ini.
Selepas 2 tahun Barisan Nasional meneruskan pentadbiran di Putrajaya sejak PRU13, rakyat telah menyaksikan pelbagai skandal besar yang melibatkan dana rakyat terutamanya 1MDB. Mengambil kira kadar tukaran matawang yang merudum dan faedah, saya menganggarkan hutang terkini 1MDB sudah mencecah RM50 bilion.
Hutang RM50 bilion ini besar kemungkinan akan ditanggung oleh kerajaan memandangkan 1MDB terus terperangkap dengan kemelut kewangannya yang tidak berkesudahan. Sekiranya sumber kewangan negara tidak dialihkan kepada 1MDB, jumlah yang diberikan kepada 1MDB lebih dari cukup untuk membiayai dasar pendidikan percuma dan memansuhkan hutang PTPTN seperti berikut:
1. Jumlah hutang tertunggak oleh peminjam PTPTN setakat 31 Mac 2015 adalah RM13.3 bilion melibatkan 1,716,475 peminjam seperti jawapan Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan kepada Parlimen baru-baru ini. Jumlah RM13.3 bilion hanyalah sebahagian kecil dari sumber kewangan berjumlah RM50 bilion yang telah dialihkan kepada 1MDB;
2. Belanja kewangan 1MDB yang mencecah RM5.8 bilion dalam tempoh 3 tahun (seperti dilaporkan oleh 1MDB dalam jawapannya mengenai ke mana wang telah dibelanjakan) adalah hampir kepada jumlah RM2 bilion setiap tahun; iaitu jumlah yang diperlukan untuk memansuhkan terus hutang PTPTN
Oleh sebab itu, skandal 1MDB yang terbongkar setakat ini memberi gambaran jelas bahawa kerajaan sebenarnya mampu untuk memansuhkan hutang PTPTN dan menyediakan pendidikan percuma sekiranya kekayaan negara disalurkan bagi membina sistem pendidikan yang terbaik, bukannya dibazirkan di dalam projek-projek yang berakhir menjadi skandal seperti 1MDB.
Malah, saya yakin sekiranya tanah-tanah kerajaan di Jalan Tun Razak dan Sungai Besi yang dianugerahkan kepada 1MDB diserahkan kepada satu tabung pendidikan untuk dimajukan, hasil pelaburan itu akan dapat membangunkan jutaan rakyat Malaysia menjadi modal insan kepada negara di masa hadapan.
Saya berharap rakyat Malaysia semakin membuka mata dan menyedari bahawa dasar pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN dapat dilaksanakan tanpa menaikkan cukai seperti yang diwar-warkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Undi Pas haram: AMANAH Kelantan pertahan kenyataan Husam

Undi Pas haram: AMANAH Kelantan pertahan kenyataan Husam

Kenyataan Naib Presiden AMANAH, Husam Musa bahawa undi Pas haram dan undi Pakatan Harapan (PH) wajib di satu ceramah di Mengkebang, Kuala Krai Sabtu lalu tidak perlu dipertikaikan sesiapa.
Naib pengerusi AMANAH Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata semua tindakan anak Adam adalah tertakluk kepada hukum yang telah ditetapkan.
“Allah S.W.T telah menetapkan semua perbuatan anak adam akan direkodkan oleh malaikat sama ada ianya baik atau buruk, termasuk yang terlintas di hati atau yang disembunyikan dari pengetahuan manusia lain,” katanya menjawab pelbagai komen pro dan kontra berhubung kenyataan berkenaan.
Mengundi dan kerja kerja pilihan raya menurutnya adalah sebahagian daripada amalan anak Adam di Malaysia.
“Di segi hukum syarak, semua amalan “mukallaf” yakni manusia yang sempurna taklifnya dengan Allah, tidak akan terlepas daripada lima hukum sama ada wajib, haram, sunat, makruh dan harus,” katanya.
Perbuatan yang sama pula katanya, mengikut kaedah feqah, lima hukum ini boleh berubah dengan berubahnya zaman, tempat dan sebab.
“Ini berdasarkan kaedah hukum boleh berubah dengan berubahnya zaman, tempat dan keadaan,” katanya.
Beliau mengmabil contoh tentang hukum berkahwin bagi seorang pemuda yang belum bekerja adalah harus.
Tetapi minggu depan hukum berkahwin ke atas pemuda tersebut menjadi wajib bila dia tidak mampu lagi mengawal nafsu syahwatnya,” katanya.
Pada zaman Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik katanya, mengundi Pas ketika itu mungkin wajib.
“Tetapi mengundi Pas dalam PRU14 ini boleh menjadi haram kerana Pas sekarang sudah tidak serupa lagi dengan Pas di zaman itu,” katanya.
Beliau bertegas bahawa memilih pemimpin yang lemah dan terbukti telah gagal adalah haram bila ada pemimpin yang lebih baik daripadanya dari segi kepimpinan, syakhsiah dan ilmu.
“Manakala melantik seorang pemimpin yang berkaliber, diyakini berkemampuan adalah wajib berbanding mengekalkan pemimpin yang sedia ada yang ternyata lemah dan gagal,” katanya.
Beberapa media melaporkan Husam Musa mengeluarkan pendapat tegas bahawa haram hukumnya sekiranya mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
“Mengundi ini melibatkan hukum, PAS kata haram kalau tak undi bulan.
“Kita kata tidak, sebaliknya haram undi bulan. Ini ambo (saya) nak pegang. Nak tahu yang mana betul, kita berdebatlah,” katanya ketika berceramah di Kuala Krai.
Kenyataan ini menimbulkan perdebatan hangat di media sosial antara penyokong dan penentang pendapat beliau berkenaan.
MD.


Thus Article [Video Uncle Soh Puisi Tanpa Tajuk-Najib Makan Quinoa & Umno Sapu Isi Rakyat Dapat Hirup Kuah Aje!] TANGGUNGAN HUTANG 1MDB BOLEH Pendidikan Percuma Tak Boleh & Undi Pas juga haram.

Itulah artikel [Video Uncle Soh Puisi Tanpa Tajuk-Najib Makan Quinoa & Umno Sapu Isi Rakyat Dapat Hirup Kuah Aje!] TANGGUNGAN HUTANG 1MDB BOLEH Pendidikan Percuma Tak Boleh & Undi Pas juga haram. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video Uncle Soh Puisi Tanpa Tajuk-Najib Makan Quinoa & Umno Sapu Isi Rakyat Dapat Hirup Kuah Aje!] TANGGUNGAN HUTANG 1MDB BOLEH Pendidikan Percuma Tak Boleh & Undi Pas juga haram. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/video-uncle-soh-puisi-tanpa-tajuk-najib.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Uncle Soh Puisi Tanpa Tajuk-Najib Makan Quinoa & Umno Sapu Isi Rakyat Dapat Hirup Kuah Aje!] TANGGUNGAN HUTANG 1MDB BOLEH Pendidikan Percuma Tak Boleh & Undi Pas juga haram."

Post a Comment