Betul tu: “Letak jawatan, selesai masalah”

Betul tu: “Letak jawatan, selesai masalah” - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Betul tu: “Letak jawatan, selesai masalah”, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Betul tu: “Letak jawatan, selesai masalah”
link : Betul tu: “Letak jawatan, selesai masalah”

Baca juga


Betul tu: “Letak jawatan, selesai masalah”

"Darah saya naik" - Pandikar 'rayu' gubal undang-undang jaga kesihatan Speaker
Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani |  Diterbitkan pada April 02, 2018 18:42 MYT
PANDIKAR AMIN: Darah saya naik 178, 180 menahan marah, jika kesihatan Speaker terjejas bolehkah wujudkan insurans atau boleh saman? -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ‘merayu’ Jabatan Perdana Menteri (JPM) menggubal Rang Undang-undang (RUU) menjaga kebajikan Speaker.

Beliau berkata demikian susulan tindakan dan ucapan ahli-ahli Parlimen yang tidak menghormati dan mengikut peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.

“Ahli-ahli Yang Berhormat sewenang-wenangnya menggunakan perkataan bohong, pengecut dan sebagainya.

“Kadang-kadang saya jadi bingung perkataan-perkataan yang digunakan oleh ahli-ahli Parlimen... sudah jadi biasa, terpaksa sabar dakwaan terhadap Peguam Negara, itu tuduhan jahat,” katanya ketika sesi penggulungan peringkat dasar RUU Antiberita Tidak Benar 2018 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pandikar meminta JPM menggubal satu RUU jika kesihatan Speaker terjejas dengan mengambil contoh keadaan yang dialaminya sendiri.

“Darah saya naik 178, 180 menahan marah. Jika kesihatan Speaker terjejas, bolehkah wujudkan insurans atau boleh saman?" soalnya.

Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) mencelah meminta Pandikar melepaskan jawatannya bagi menyelesaikan masalah kesihatannya.

“Letak jawatan, selesai masalah,” katanya.

Sementara itu, R Sivarasa (PKR-Subang) menyifatkan perkataan "bodoh" lebih teruk berbanding "bohong".

Dewan Rakyat panas ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menggulung perbahasan peringkat dasar RUU Antiberita Tidak Benar 2018 apabila rata-rata ahli Parlimen pembangkang membantah pewujudan undang-undang itu.


Thus Article Betul tu: “Letak jawatan, selesai masalah”

Itulah artikel Betul tu: “Letak jawatan, selesai masalah” Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Betul tu: “Letak jawatan, selesai masalah” dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/betul-tu-letak-jawatan-selesai-masalah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Betul tu: “Letak jawatan, selesai masalah”"

Post a Comment