GST dan undi di PRU14: Kenyataan Media MP Kapar

GST dan undi di PRU14: Kenyataan Media MP Kapar - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk GST dan undi di PRU14: Kenyataan Media MP Kapar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : GST dan undi di PRU14: Kenyataan Media MP Kapar
link : GST dan undi di PRU14: Kenyataan Media MP Kapar

Baca juga


GST dan undi di PRU14: Kenyataan Media MP Kapar

Kenyataan Akhbar | 1 April 2018

PRU 14 : UNDI PH - MANSUH GST, UNDI BN - KEKAL GST : PILIHAN RAKYAT MADU ATAU RACUN?

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), 6 peratus berkuatkuasa mulai 1 April 2015 setelah UMNO BN menang PRU13. Hari ini dengan peritnya, rakyat Malaysia daripada semua pelosok bangsa menyambut ulangtahun GST yang ke-3.

Ketika kempen pilihanraya pada PRU13, Dato Seri Anwar Ibrahim telah melafazkan bahawa sekiranya Pakatan menang Putrajaya, rakyat TIDAK akan dibelenggu dengan cukai yang membebankan dan menderitakan ini.

Namun begitu, keputusan PRU13 memihak kepada UMNO BN dengan hanya mendapat 48 peratus undi popular masyarakat Malaysia. Senario ini mengakibatkan Dato Seri Najib Razak, meneruskan takhta UMNO BN untuk mentadbir Putrajaya.

Sejurus selepas itu, hadiah istimewa Najib kepada masyarakat Malaysia ialah GST. Walaupun, rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang, kenaikan kos sara hidup, penurunan mata wang Malaysia, kenaikan gaji yang tidak selaras dengan keadaan ekonomi semasa, penurunan mata wang Malaysia, penyelewengan dan rasuah berleluasa, tetapi Najib dan UMNO BN memilih jalan pintas untuk melaksanakan cukai GST.

Cukai GST adalah cukai yang regresif, dan cukai yang membebankan golongan pendapatan rendah dan cukai yang menghisap darah warga miskin.

Cukai GST berfungsi secara menyeluruh, kaya atau miskin, muda atau tua, yang ada kerja atau menganggur, yang bekerja atau yang masih belajar, bayi belum lahir atau insan yang meninggal dunia, semua kena bayar cukai GST.

Ironinya, dengan pelaksanaan cukai GST, sememangnya pendapatan kerajaan UMNO BN naik mendadak, hampir RM42 bilion tetapi rakyat biasa daripada setiap pelusuk negeri, dari bandar ke luar bandar, kampung dan estet, kawasan bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak, masih hidup dalam pelbagai kesusahan dan penderitaan.

*PILIHAN RAKYAT PADA PRU14?*

Kini, tiba masa untuk RAKYAT MALAYSIA menggunakan kebijaksanaan menilai mereka semasa mengundi dalam PRU14. Rakyat tidak seharusnya TERPUKAU dengan dedak dan wang ringgit yang ditaburkan, dengan media yang dikawal oleh UMNO BN, dengan segala janji - janji manis semasa kempen pilihanraya, dengan lambakan poster, kain rentang dan bendera. Nilai setiap undi, adalah nilai masa depan negara, nilai martabat dan intergriti negara, nilai masa depan anak-anak, cucu cicit generasi negara.

UNDI UMNO BN - Kekal GST 6 peratus, atau ada kemungkinan peratus  6 peratus ini akan naik kepada 8 atau 10 peratus.

UNDI PH - MANSUH GST. Pakatan Harapan komited dan berjanji akan menghapuskan dan memansuhkan cukai GST. Pemansuhan cukai GST adalah janji pertama dalam manifesto Pakatan Harapan.

Rakyat Malaysia, yang terdiri daripada Melayu - Cina - India - Sikh - Orang Asal - Dayak - Iban - Bidayuh - Melanau - Bajau - Kadazan - Murut dan semua suku kaum yang lain, wajar membuat pilihan - antara *MADU atau RACUN*, *MANSUH GST atau KEKAL GST*, *PAKATAN HARAPAN atau UMNO BN*

YB MANIVANAN GOWIN
Ahli Parlimen Kapar
Pengerusi Biro Kepenggunaan
Parti KeADILan Rakyat


Thus Article GST dan undi di PRU14: Kenyataan Media MP Kapar

Itulah artikel GST dan undi di PRU14: Kenyataan Media MP Kapar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel GST dan undi di PRU14: Kenyataan Media MP Kapar dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/gst-dan-undi-di-pru14-kenyataan-media.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "GST dan undi di PRU14: Kenyataan Media MP Kapar"

Post a Comment