Inikah versi Islam yang anda sedang promosikan ?

Inikah versi Islam yang anda sedang promosikan ? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Inikah versi Islam yang anda sedang promosikan ?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Inikah versi Islam yang anda sedang promosikan ?
link : Inikah versi Islam yang anda sedang promosikan ?

Baca juga


Inikah versi Islam yang anda sedang promosikan ?

Oleh Hanipa Maidin

1. Pernahkah mereka yang kononnya sayang Islam (macam orang lain tak sayang juga) terfikir mengapakah dalam jenayah hudud ,aspek pembuktian (turuq al-ithbat) secara relatifnya agak ketat dibandingkan jenayah ta'azir ? 

 2. Misalnya , dalam jenayah hudud , kita dengar kena ada empat orang saksi lelaki yang betul-betul melihat perbuatan zina . 

Jika misalnya OKT sudah mengaku bersalah sekalipun , OKT masih boleh tarik balik pengakuan (withdraw the confession) hatta ketika hukuman sedang dijalankan (at the time of execution) seperti dalan kes Maiz yang mengaku berzina. Dan jika itu berlaku gugurlah hukuman hudud. 

 Begitu juga ada ulama yang berkata pengakuan bersalah dalam kes zina mesti dilakukan 4 kali dalam 4 majlis / perbicaraan yang berbeza. 

 2A. Dalam kes Maiz, Rasulullah s.a.w. boleh dilihat berusaha mencari jalan agar Maiz terlepas dari hukuman dengan cuba wujudkan keraguan melalui soalan-soalan yang Baginda a.s ajukan dengan tujuan cuba " exonorate" (lepaskan) Maiz dari hukum hudud. Tapi sekarang nampaknya agak berbeza. Agamawan, maaf, saya lihat, lebih mudah cari jalan macam mana nak sabitkan dan hukum. 

3. Contoh lain, jika wujud meskipun sedikit keraguan (misalnya 0.0001 peratus) hudud akan digugurkan . Ia berdasarkan kaedah " idraul hududa bi al-syubuhat" (doubt invalidates hudud). 

 4. Justeru jawapan kepada persoalan di atas adalah kerana hukuman hudud itu amat keras (syaded) maka hukuman yang berat itu diringi dengan sistem pembuktian yang juga relatifnya amat berat (stringent).Therein lies the justice of hudud. 

 5. Sebab itu ,maaf saya agak pelik bila ada agamawan yang amat mudah bagi "fatwa" menyatakan ucapan saya bercanggah dengan agama , boleh rosak aqidah dan saya kena bertaubat . Saya tak mahu komen hak mereka nak bagi pandangan atau " fatwa". Maaf , yang saya musykil berkenaan proses jatuh hukum atau pengeluaran "fatwa" itu (the decision making process). Ramai mungkin tak sedar "the decision making process" adalah juga penting sepenting hukuman dan " fatwa" itu sendiri. 

 6. Bila saya tak pernah dihubungi sebelum dijatuhi hukum jauh sekali diberi peluang membela diri, ucapan saya yang lengkap dalam Hansard pun tak dibaca dan dihadam terlebih dahulu sebelum jatuh hukum, tak penting untuk melihat pun siapa yang mulakan dulu serangan atau provokasi ke atas saya, tak timbang pun dulu konteks sebenar ucapan saya dan not giving me (sebagai pihak yang di tuduh) at all any benefit of doubt, bagaimanakah, saya tertanya, kita nak pertahan "the decision making process" dalam kes saya itu adalah adil, fair dan munasabah? Am I demanding too much from agamawan? 

 7. Dalan keadaan "fatwa" para agamawan itu hinggap di merata facebook dan diguna as " gospel truth" untuk mengecam dan maki hamun saya atau keluarga as if saya dah dikira bersalah. Full stop. No more mercy. Masih ok lagi . Bila anak saya yang di sekolah pun dimangsakan atas doktrin "guilty by association", maaf ,saya bertambah musykil. 

 Saya bertanya diri sendiri "maaf, adakah ini Islam yang para agamawan sedang promosikan pada orang ramai ?" 

 8. Saya penuh sedar ada pihak yang mungkin akan exploitasi semaksimum yang mungkin kenyataan Penasihat Umun Amanah untuk hentam saya. "Ma fi musykilah" (no problem). Meskipun saya ada "some reservations" dengan kenyataan Penasihat umum Amanah itu sendiri dan jujurnya juga musykil kerana beliau seakan-akan tidak lihat konteks sebenar ucapan saya itu khususnya ayat saya selepas perkataan "kalau saya...." namun, secara umumnya, kenyataan beliau saya lihat lebih fair dan munasabah. Itu sahaja, after all, yang saya minta..fairness and reasonableness dalam menjatuhkan hukum! 

 Jujurnya, beliau ada usaha menghubungi saya sebelum kenyataan itu dikeluarkan meskipun kami tak berkesempatan untuk berbicara. Apapun, saya insyaAllah tidak ada masalah untuk akur dengan saranan beliau jika itu mampu meredakan keresahan pihak pihak tertentu. 

 9. Akhirnya, terima kasih kepada pujangga besar Islam, 'allama Muhammad Iqbal yang berkata " lf one cannot live the life of the brave, it is better to die like a brave!" 

 Allahu al-musta'an. 

 Yb Sepang. 2-04-2018.


Thus Article Inikah versi Islam yang anda sedang promosikan ?

Itulah artikel Inikah versi Islam yang anda sedang promosikan ? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Inikah versi Islam yang anda sedang promosikan ? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/inikah-versi-islam-yang-anda-sedang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Inikah versi Islam yang anda sedang promosikan ?"

Post a Comment