Mungkin ya dan mungkin juga tidak, bergantung pada niat sebenar!

Mungkin ya dan mungkin juga tidak, bergantung pada niat sebenar! - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mungkin ya dan mungkin juga tidak, bergantung pada niat sebenar!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mungkin ya dan mungkin juga tidak, bergantung pada niat sebenar!
link : Mungkin ya dan mungkin juga tidak, bergantung pada niat sebenar!

Baca juga


Mungkin ya dan mungkin juga tidak, bergantung pada niat sebenar!

Penguatkuasaan Akta Antiberita Tidak Benar boleh masuk Rekod Dunia Guinness
MALAYSIADATELINE  -  April 12, 2018 7:10 pm
Penguatkuasaan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang dilakukan dengan begitu cepat sekali mungkin boleh direkodkan dalam Rekod Dunia Guinness (Guinness World Records), kata Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan Lim Lip Eng.

Ini kerana akta kontroversi itu baru sahaja dibahas dan diluluskan parlimen minggu lalu, sehari sebelum persidangan berakhir namun telah diwartakan sebagai undang-undang semalam.

Akta tersebut menghukum penyebaran berita palsu dengan penjara sehingga enam tahun, serta denda maksimum RM500,000.

“Dengan undang-undang baharu ini, dan sekiranya BN kekal berkuasa untuk tempoh lima tahun lagi, adakah sebarang berita yang tidak memihak parti pemerintah akan dilabel sebagai palsu?” soal Lim yang juga seorang peguam.

“Contohnya berita yang tular di media sosial tentang Malaysian Official 1, Riza Aziz, Jho Low dan lain-lain yang merompak lebih US$4.5 bilion daripada 1MDB kini boleh sahaja dilabel palsu, walaupun dilaporkan oleh demikian banyak media antarabangsa.

“Mungkin nanti, melabel Najib Razak sebagai MO1 juga boleh didakwa sebagai ‘berita palsu’ walaupun Abdul Rahman Dahlan telah mengesahkan Najib sebagai MO1,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Lim Lip Eng

Akta kontroversi ini digazet semalam, walaupun terdapat banyak kritikan dan bantahan daripada pelbagai pihak termasuk kumpulan wartawan.

Ia dibimbangi akan membungkam kebebasan bersuara orang ramai, terutamanya wartawan sendiri.

“Adakah Najib bimbang akan kalah dalam PRU ke-14 sehinggakan beliau sanggup menggunakan apa sahaja cara terdesak untuk menakut-nakutkan rakyat?” soal Lim.

Bekas ahli parlimen Segambut yang bakal bertanding di kawasan parlimen Kepong PRU itu menyeru orang ramai untuk terus menyatakan kebenaran tanpa merasa takut.

Pun begitu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengakhiri kenyataan dengan meletakkan tanda soal.

“Jika ayat disusun dengan betul kita tidak perlu takut kepada Akta ini. Takkanlah tanya soalan pun salah?”  soal beliau.


Thus Article Mungkin ya dan mungkin juga tidak, bergantung pada niat sebenar!

Itulah artikel Mungkin ya dan mungkin juga tidak, bergantung pada niat sebenar! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mungkin ya dan mungkin juga tidak, bergantung pada niat sebenar! dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/mungkin-ya-dan-mungkin-juga-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mungkin ya dan mungkin juga tidak, bergantung pada niat sebenar!"

Post a Comment