Tajuk : Apa masalah ‘macai’ Umno?
link : Apa masalah ‘macai’ Umno?
Apa masalah ‘macai’ Umno?
* Hanya parti bengong dan diketuai orang gila saja yang bertanding tapi tak perlukan sokongan!
DAP memang mahu sokongan Melayu, seperti Umno mahu sokongan Cina
ULASAN | M. NOOR HASLAM - April 12, 2018 5:17 pm
Menarik sokongan orang Melayu supaya mengundi DAP bukanlah benda baru. Malah usaha itu lebih jelas dilihat sejak tsunami politik 2008.
Pelancaran portal Roketkini.com, penerbitan akhbar The Roket berbahasa Malaysia, penubuhan Sekolah Demokrasi, penganjuran forum, dialog, majlis berbuka puasa dan sebagainya oleh DAP – semua ini adalah usaha bagi menyampaikan maklumat tepat tentang DAP dan perjuangannya.
Semua usaha DAP ini jelas, memang untuk menarik sokongan masyarakat Melayu yang selama ini dimomokkan dengan pelbagai karut-marut dongeng Umno memburuk-burukkan parti roket ini.
Justeru, apabila terkeluar suara sumbang yang cuba memomokkan kononnya undi PKR sama dengan mengundi DAP; kononnya DAP pergunakan PKR untuk tarik sokongan Melayu – nampaknya dakyah sedemikian sudah makan tuan; ini benar-benar dakwaan kelakar.
Dakyah dangkal itu tidak lain cuba memanipulasi fakta kononnya DAP mahu menyelinap masuk ke dalam PKR semata-mata meraih sokongan pengundi Melayu lalu merebut kuasa dan menghakis segala keistimewaan. Ini juga satu tuduhan basi maha-kelakar. Jika ikutkan logik semacam ini, mana nak letak PKR, AMANAH dan Bersatu?
PRU14 ini, DAP bukan sahaja memerlukan sokongan Melayu tetapi DAP juga memerlukan sokongan seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum di negara ini. Begitu halnya dengan komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain. Kenapa pencacai Umno-Pas terlalu benak untuk menerima kenyataan jelas ini?
Hakikatnya, undi PKR bukan sahaja untuk memenangkan DAP tetapi juga seluruh komponen PH seperti AMANAH, Bersatu, PKR malah termasuk rakan sekutu PH iaitu Parti Warisan Sabah (Warisan).
Nampaknya, keputusan penggunaan logo PKR yang diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bagi memberi tamparan hebat kepada lawan politik Umno-BN termasuk Pas yang semacam tidak boleh menerima keterbukaan parti-parti komponen PH.
Niat mereka jelas, apabila Pendaftaran Pertubuhan (RoS) masih gagal meluluskan gabungan PH secara rasmi, maka pembangkang akan lebih mudah berpecah belah. Namun, niat itu terbantut – PH malah semakin kuat.
Antara tuduhan liar lain yang sering dimomokkan ialah, kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad telah mempergunakan PKR demi meneruskan hayat politiknya – termasuk dakwaan kononnya keputusan itu adalah satu penghinaan kepada pejuang-pejuang era reformasi 98.
Pada masa yang sama, Mahathir juga dituduh dipergunakan oleh Lim Kit Siang supaya DAP berkuasa di Malaysia. Anehnya, di pihak MCA, pencacai mereka mendakwa DAP pula telah ditindas oleh Mahathir dan Bersatu.
Segalanya sudah jelas, Umno-BN makin tertekan, takut dan mungkin mereka juga merasakan, PRU14 kali ini adalah penamat buat mereka, sebagaimana teori RAHMAN yang meletakkan huruf ‘N’ mewakili Najib sebagai penghujung pemerintahan parti cap dacing itu.
Ya, DAP memang perlukan sokongan Melayu untuk membawa perubahan kepada Malaysia bersama-sama Pakatan Harapan. Simbol PKR adalah faktor penyatu kemarahan rakyat Malaysia. Apa masalah ‘macai’ Umno?
Dia pun bertanding pilihan raya guna lambang dacing untuk raih sokongan Cina.
Undi Online Parti Pilihan Anda Sempena PRU14

Thus Article Apa masalah ‘macai’ Umno?
Itulah artikel Apa masalah ‘macai’ Umno? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Apa masalah ‘macai’ Umno? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/apa-masalah-macai-umno.html
0 Response to "Apa masalah ‘macai’ Umno?"
Post a Comment