Nota Sepang- Jika anda saman, nasihat jugalah rakan anda itu saman sekali!

Nota Sepang- Jika anda saman, nasihat jugalah rakan anda itu saman sekali! - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nota Sepang- Jika anda saman, nasihat jugalah rakan anda itu saman sekali!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Nota Sepang- Jika anda saman, nasihat jugalah rakan anda itu saman sekali!
link : Nota Sepang- Jika anda saman, nasihat jugalah rakan anda itu saman sekali!

Baca juga


Nota Sepang- Jika anda saman, nasihat jugalah rakan anda itu saman sekali!

1. Saya sempat menonton dan mendengar rakaman video sidang akhbar tiga orang pemimpin parti suci negeri Trengganu bersama-sama peguam mereka berkenaan isu terima wang dari parti sarkas yang didedahkan oleh mantan Yb Pokok Sena . 

 2. Antara lain jurucakap sidang media itu menyatakan bahawa dakwaan mantan Yb Pokok Sena adalah fitnah dan mereka bersedia nak saman fitnah. Cuma yang saya faham dari kenyataan beliau dan peguam mereka, saman itu mungkin akan difailkan selepas PRU 14. 

 3. Beberapa kali jurucakap sidang media itu menyatakan kekesalan beliau kerana tiada laporan polis dibuat oleh mantan YB Pokok Sena itu. Dia juga ada menyatakan tentang kesalahan di bawah BAFIA kerana mendedahkan akaun . 

4. Pertamanya, saya ucap tahniahlah pada tiga individu tersebut sekiranya mereka benar-benar serius nak failkan saman fitnah ke atas orang yang dikatakan fitnah mereka itu. Saya rasa tak perlu tunggu PRU 14 jika nak saman. Bila saman hari ini bukan bicara esok . Bila saman esok bukan bicara lusa. Bila saman lusa bukan bicara tulat. Jadi, sepatutnya tidak ada masalah nak saman sebelum PRU 14. 

 5. Keduanya, saya harap mereka bertiga ini juga dapat nasihat sekali ,atas semangat ukhuwah islamiyyah, orang yang suaranya ada dalam rakaman audio tentang pengakuan parti suci terima duit parti sarkas untuk saman fitnah juga jika audio itu fitnah ke atasnya dan fitnah ke atas parti suci termasuk presidennya. Nasihatlah sekali presiden parti suci utk saman fitnah ke atas "pemilik suara" yang sahkan presiden dia sendiri terima wang Umno. Baru lejen- presiden parti suci saman sekali pemimpin parti dia sendiri !!! Bila anda saman, mereka pula tak saman anda letakkan mereka dalam, orang putih kata, " precarious position". Sebab tu kena tabik spring kat anda bertiga! 

 6. Ketiganya tentang laporan polis. Saya rasa jika tiga individu yang adakan sidang akhbar itu rasa dakwaan orang yang tuduh mereka adalah fitnah, mereka juga boleh buat laporan polis. Malahan merekalah yang lebih patut dan aula buat laporan polis sebab mereka yang kena lindungi harga diri dan maruah mereka dan maruah parti suci Trengganu. Saya tolong sikitlah. Jika dakwaan fitnah, anda boleh buat laporan polis di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan. Jika langgar BAFIA pun boleh buat laporan polis. Biar polis siasat. 

 7. Keempat, saya agak musykil juga bila peguam yang ada sekali dalam sidang akhbar tu berkata "sekarang fokus kita ialah pilihanraya. Kita tak mahu membuang masa melayan isu isu yang pada saya remeh temeh, menyusahkan dan membuang masa.". 

 8. Bagi saya, kenyataan peguam itu secara munasabahnya akan ditafsir seolah-olah isu terima wang dari parti sarkas itu bukan suatu isu yang besar dan serius. Apabila isu parti yang akui ia parti Islam terima wang dari parti sarkas yang jurucakap sidang media acap kali kata mereka nak lawan dan tumbangkan, maka bagaimana pula boleh dikatakan ianya isu remeh-temeh, menyusahkan dan buang mssa ? Sedap dan lazat berkrim ni jika dapat soal balas andaikata saya jadi peguam Defendanlah. 

 9. Kelima, sikitlah nak komen fasal isu dia sentuh kekalahan kami dalam muktamar parti suci. Dia kata dia juga pernah bertanding AJK Pusat dan kalah. Dia juga kata Timbalan Presiden parti suci yang sekarang pun pernah kalah dalam pertandingan muktamar. 

 10. Cuma dia lupa sebut macam mana mereka dulu kalah dan macam mana pula cara kami semua kalah atau lebih tepat lagi dikalahkan dalam muktamar? Awat tak mahu sebut kempen beristiqamah melabelkan kami dengan begitu dahsyat sebelum muktamar? Awat skip dan tak cakap isu penggunaan sistem cai itu? Ya, kamu pernah kalah. Kami pun juga pernah kalah. Tapi bila kami kalah dengan cara yang betul dan beretika, kami tak ada masalah. So, jujurlah sikit buat komen tu !!! 

 Tuhan lebih tahu 

Hanipa Mai9din
17-03-2018. ~ sumber


Thus Article Nota Sepang- Jika anda saman, nasihat jugalah rakan anda itu saman sekali!

Itulah artikel Nota Sepang- Jika anda saman, nasihat jugalah rakan anda itu saman sekali! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Nota Sepang- Jika anda saman, nasihat jugalah rakan anda itu saman sekali! dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/nota-sepang-jika-anda-saman-nasihat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Nota Sepang- Jika anda saman, nasihat jugalah rakan anda itu saman sekali!"

Post a Comment