Rahman Dahlan kata ini propaganda palsu dan finah jahat nak jatuhkan BN

Rahman Dahlan kata ini propaganda palsu dan finah jahat nak jatuhkan BN - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rahman Dahlan kata ini propaganda palsu dan finah jahat nak jatuhkan BN, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rahman Dahlan kata ini propaganda palsu dan finah jahat nak jatuhkan BN
link : Rahman Dahlan kata ini propaganda palsu dan finah jahat nak jatuhkan BN

Baca juga


Rahman Dahlan kata ini propaganda palsu dan finah jahat nak jatuhkan BN

'Jual negara kepada China, fitnah jahat mahu jatuhkan BN'
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI  - 14 APRIL 2018
Singapura mencatatkan pelaburan langsung asing tertinggi di Malaysia

SHAH ALAM - Propaganda bahawa BN menjual kedaulatan negara kepada China kembali disebar pihak tertentu demi kepentingan politik, menjelang PRU14.

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, propaganda palsu ini tidak berlandaskan fakta dan angka yang sebenar, tetapi berasaskan fitnah jahat untuk mencipta persepsi negatif kepada BN.

"Jumlah terkumpul pelaburan China (termasuk Hong Kong) di Malaysia setakat 2017 adalah bernilai RM65 billion," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kisah terbaharu yang kembali tular di media sosial yang mendakwa BN menjual kedaulatan negara kepada China.

Jelas Abdul Rahman, nilai dagangan itu lebih rendah daripada jumlah terkumpul pelaburan Singapura (RM116.3 billion) dan Jepun (RM71.6 billion).

"Jumlah pelaburan China di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di bawah Singapura dan Jepun," katanya.

Justeru katanya, menurut logik pembangkang, kedaulatan Malaysia sepatutnya terjual kepada Singapura dan Jepun dahulu kerana jumlah pelaburan mereka yang lebih besar jika dibandingkan dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh China dalam negara kita.

"Sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, Malaysia sudah tentu akan menerima pelaburan dari luar negara tetapi tidak terhad kepada China sahaja," katanya.

Tegasnya, jumlah pelaburan asing terkumpul di Malaysia sehingga 2017 adalah RM565 billion. Pelaburan dari China hanyalah mewakili 11.5 peratus daripada jumlah pelaburan asing di Malaysia.

Katanya lagi, Malaysia juga menerima pelaburan dari negara-negara Eropah seperti Belanda, Switzerland, Jerman, United Kingdom, Denmark dan juga Amerika Syarikat.

Baru-baru ini syarikat Saudi Aramco dari Arab Saudi bersetuju melabur AS$7 bilion (RM27 bilion) di dalam Projek Rapid Pengerang.

"Saya yang terlibat secara langsung di dalam rundingan bersama-sama Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi, Khalid al-Falih mendapat maklum balas yang positif dari pihak mereka tentang ekonomi Malaysia," katanya.

Oleh itu, beliau menasihati rakyat Malaysia agar lebih berhati-hati sebelum percaya dan menyebarkan propaganda seperti ini.

"Tidak ada sekelumit pun kedaulatan negara yang akan BN pajakkan kepada mana-mana negara asing.

"Jangan gadaikan masa depan anda dan tanahair yang kita cintai ini," katanya.


Thus Article Rahman Dahlan kata ini propaganda palsu dan finah jahat nak jatuhkan BN

Itulah artikel Rahman Dahlan kata ini propaganda palsu dan finah jahat nak jatuhkan BN Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rahman Dahlan kata ini propaganda palsu dan finah jahat nak jatuhkan BN dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/rahman-dahlan-kata-ini-propaganda-palsu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rahman Dahlan kata ini propaganda palsu dan finah jahat nak jatuhkan BN"

Post a Comment