Saman berlian merah jambu: Khairuddin dapat lanjutan

Saman berlian merah jambu: Khairuddin dapat lanjutan - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Saman berlian merah jambu: Khairuddin dapat lanjutan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Saman berlian merah jambu: Khairuddin dapat lanjutan
link : Saman berlian merah jambu: Khairuddin dapat lanjutan

Baca juga


Saman berlian merah jambu: Khairuddin dapat lanjutan

Hafiz Yatim  |  Dikemaskini 3 Apr 2018, 7:05 petang
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberikan tempoh lanjutan kepada bekas ketua bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bagi membalas permohonan membatalkan saman oleh isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor, Jho Low dan 1MDB berhubung kes saman berlian merah jambu.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memberikan tempoh lanjutan selama seminggu kepada Khairuddin untuk memfailkan afidavit balasan yang perlu.

"Mahkamah telah memberikan tempoh lanjutan selama seminggu kepada Khairuddin untuk memfailkan afidavit bagi menolak permohonan kami," kata peguam 1MDB Tan Hock Chuan.

Peguam Yazid Mustaqim yang mewakili Rosmah berkata mahkamah menetapkan 17 Mei depan bagi mendengar permohonan untuk menolak saman tersebut.

Peguam Damien Chan mewakili Khairuddin, manakala peguam Rishwant Singh hadir mewakili Jho Low, yang nama sebenarnya ialah low Taek Jho.
Khairuddin telah memfailkan pernyataan tuntutan terhadap isteri perdana menteri Rosmah Mansor supaya mengembalikan berlian merah jambu bernilai AS$23 juta dan rantai AS$4.3 juta kepada 1MDB.

Khairuddin juga memohon perintah supaya hartawan Pulau Pinang Jho Low untuk membayar wang yang didakwa digelapkan, dicuri atau disalah guna dari 1MDB.

Rosmah dan Low juga dituntut membayar pampasan munasabah daripada segi ekuiti terhadap 1MDB, kos tuntutan dan relif lanjut dan lain-lain relif yang ditentukan mahkamah.

Khairuddin mendakwa di antara Jun 2013 dan Mac 2014, Low bertindak melalui ejennya Eric Tan membeli barangan kemas daripada Lorraine Schwartz di New York bernilai AS$27.3 juta, yang menurut Khairuddin menggunakan dana yang diselewengkan daripada 1MDB.

Beliau juga mendakwa barangan kemas tersebut diberikan kepada Rosmah sekitar Mac 2014 dan meminta ia dipulangkan kepada 1MDB bersama-sama dengan wang yang didakwa diselewengkan Low daripada syarikat pelaburan negara itu.


Rantai dan berlian itu menjadi perhatian selepas disebut dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sebelum ini.

Pada September 2017, peguam yang mewakili isteri Rosmah Mansor dan 1MDB memohon mahkamah untuk membatalkan saman tersebut.


Thus Article Saman berlian merah jambu: Khairuddin dapat lanjutan

Itulah artikel Saman berlian merah jambu: Khairuddin dapat lanjutan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Saman berlian merah jambu: Khairuddin dapat lanjutan dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/saman-berlian-merah-jambu-khairuddin.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Saman berlian merah jambu: Khairuddin dapat lanjutan"

Post a Comment