Tajuk : Shahrizat diumpamakan 'sampah' di mata UMNO Bandar Tun Razak?
link : Shahrizat diumpamakan 'sampah' di mata UMNO Bandar Tun Razak?
Shahrizat diumpamakan 'sampah' di mata UMNO Bandar Tun Razak?
'Parlimen Bandar Tun Razak bukan tong sampah'
Zikri Kamarulzaman | Dikemaskini 13 Apr 2018, 3:25 petang
PRU14 | Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mungkin popular di kalangan kira-kira 1.3 juta anggota Umno namun khabar dia mungkin bertanding di kerusi Bandar Tun Razak tidak mendapat sambutan diharapkan bagi sesetengah pemimpin parti itu di Wilayah Persekutuan.
Ketika ini Umno berharap kerusi berkenaan ditandingi parti itu mewakili BN walaupun secara tradisi ia milik MCA.
Di kalangan penyokong Umno setempat calon yang dirasakan paling layak ialah ketuanya, Datuk Rizalman Mokhtar.
Kerusi itu dikatakan sudah ditetapkan bakal ditandingi Umno dan nama Rizalman disebut-sebut sangat berpotensi - sehinggalah beliau ditahan pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan minggu lalu.
Bagaimanapun beberapa hari kemudian polis mengesahkan ujian air kencing menunjukkan Rizalman negatif dadah.
Justeru nama calon luar kini diyakini akan dipilih kepimpinan BN untuk memberikan cabaran di kawasan yang kini diwakili bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Rasa tidak puas hati di kalangan Umno bahagian itu dapat disaksikan daripada sikap bekas setiausahanya Zaharin Mohd Yasin.
Menggunakan Facebook Zaharin yang terkenal lantang memberikan pandangan tanpa terikat dengan pendirian rasmi Umno berkata kawasan Bandar Tun Razak bukanlah tempat meletakkan calon yang tidak diterima di tempat lain.
Dekat di hati pengundi
"Parlimen Bandar Tun Razak bukan tong sampah. Tempat membuang barang buangan.
"Kami hendak calon ahli Umno dalam bahagian kami sendiri," katanya semalam.
Sementara itu sumber dalaman memberitahu Malaysiakini wujud kebimbangan isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) akan digunakan sebagai peluru oleh lawan Umno jika Shahrizat dipilih sebagai calon.
NFC adalah organisasi yang dimiliki suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail.
"Kami bimbang isu lama ini akan dimainkan semula. Kami ada banyak isu yang perlu didepani, tetapi isu NFC ini besar.
"Isu tentang NFC ni memang dekat di hati orang bandar," kata sumber itu.
Ditanya mengenai kemungkinan NFC akan dijadikan hujah oleh lawan Umno dalam PRU nanti, Shahrizat berkata, isu berkenaan sudah diselesaikan di mahkamah.
Naib Ketua Umno Bandar Tun Razak Nor Azman Salehuddin bagaimanapun yakin skandal berkenaan tidak akan membawa masalah kepada Umno.
"Saya dah pergi lawat semua pusat daerah mengundi, tak ada sesiapa yang kata mereka akan boikit (Shahrizat)," katanya.
Baca: Shahrizat tolak pelawaan bertanding di Sungai Besar
Tambah Nor Azman anggota dan penyokong Umno bukannya tidak berpuas hati Shahrizat dicalonkan di situ, sebaliknya tertanya-tanya mengapa bukan orang tempatan yang diturunkan sebagai wakil BN.
"Kami mahukan calon Umno bertanding di sini sejak hampir 35 tahun dulu. Tapi insya-Allah kita berjaya dan ada calon Melayu Umno akan diturunkan," katanya.
Nor Azman juga menafikan Shahrizat berdepan cabaran getir apabila isu NFC dimainkan nanti.
"Orang akan sentiasa mencari kesilapan orang lain.
"Kalau kita letak calon yang lebih baik daripada (imam) Masjidil Haram pun, orang akan kata ada masalah," katanya.
Pada PRU ke-13 lalu Khalid mempertahankan kerusi Bandar Tun Razak dengan keputusan yang jauh lebih selesa berbanding PRU ke-12.
Untuk rekod ketika bertanding di kedua-dua PRU berkenaan Khalid mewakili PKR. Bagaimanapun tokoh korporat yang disegani itu dipecat daripada parti berkenaan ekoran krisis menteri besar Selangor.
Kerusi Bandar Tun Razak mempunyai lebih 90,000 pengundi berdaftar dengan 53 peratus adalah Melayu, diikuti Cina 37 peratus dan India 9 peratus.
Carta undian P124 Bandar Tun Razak di sini

Thus Article Shahrizat diumpamakan 'sampah' di mata UMNO Bandar Tun Razak?
Itulah artikel Shahrizat diumpamakan 'sampah' di mata UMNO Bandar Tun Razak? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Shahrizat diumpamakan 'sampah' di mata UMNO Bandar Tun Razak? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/shahrizat-diumpamakan-sampah-di-mata.html
0 Response to "Shahrizat diumpamakan 'sampah' di mata UMNO Bandar Tun Razak?"
Post a Comment