Tajuk : Tolak Umno dan BN: Kenapa? Perhatikan 10 alasan ini......
link : Tolak Umno dan BN: Kenapa? Perhatikan 10 alasan ini......
Tolak Umno dan BN: Kenapa? Perhatikan 10 alasan ini......
10 sebab kenapa saya tolak Umno dan BN
P Gunasegaram | Dikemaskini 13 Apr 2018, 2:38 petang
ULASAN | Jika anda akan mengundi Umno/BN pada PRU kali ini, atau jika bercadang rosakkan undi sebagai protes terhadap suasana politik hari ini, atau pun jika belum membuat keputusan, saya berharap anda akan membaca tulisan ini.
Ini sepuluh sebab mengapa saya tidak akan undi Umno/BN dan mengapa saya fikir kita perlu memberi peluang kepada pihak lain untuk mentadbir negara kita, sebelum ia dimusnahkan oleh mereka yang pentingkan diri sendiri, tidak cekap, tamak dan tidak beretika.
Jika mereka dibenarkan meneruskan cara mereka dengan sewenang-wenangnya untuk lima tahun lagi, ia akan membawa kerosakan besar kepada negara dan barangkali mengambil masa berdekad untuk memulihkannya semula. Di saat mereka kian terdesak, entah apa yang
akan mereka lakukan pada masa depan.
1. Skandal 1MDB
Laporan Ketua Audit Negara berhubung 1MDB yang dilapor media menyatakan kira-kira AS$7 bilion (RM28 bilion) yang tidak dapat dikesan, atau dengan kata lain, telah hilang.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berkata sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion telah diselewengkan daripada 1MDB dan kini dalam proses merampas aset yang diperolehi daripada wang itu.
Sejumlah AS$681 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, yang menurutnya derma daripada keluarga diraja Arab Saudi dan sebahagiannya telah dipulangkan.
Namun DOJ menyatakan perkara berbeza. Menurut mereka, wang itu daripada Tanore Finance yang dikawal oleh Jho Low. Jika ingin mendapatkan maklumat penuh, anda boleh muat turun laporan ini yang ditulis saya. Lihak Appendix 4 pada halaman 34 untuk melihat aliran wang itu.
Hampir mustahil fakta DOJ ini salah kerana aliran wang di peringkat antarabangsa dapat dikesan dengan mudah dan tepat melalui rekod yang tidak menipu.
Jika Najib tidak terlibat, beliau sepatutnya mengarahkan siasatan segera dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Tetapi itu tidak berlaku.
Kini ada aset negara di AS dan negara lain tetapi aset ini tidak dapat dibawa pulang kerana Malaysia tidak mengaku penyelewengan seperti yang didakwa.
Sebagai orang terpelajar, pemimpin Umno dan BN lain pasti sedar dengan semua ini. Tetapi atas pelbagai sebab, hampir kesemuanya membenarkan perlakuan Najib dan terus menyokongnya. Mereka bersubahat dengan kleptokrasi besar-besaran ini - yang terbesar pernah disaksikan dunia.
Ini saja sudah cukup menjadi sebab mengapa mereka perlu disingkirkan.
Bukan itu saja, skandal ini memberi kesan sampingan dari segi kemerosotan keyakinan terhadap negara oleh rakyat dan orang luar, menyebabkan kejatuhan nilai mata wang walaupun ada sedikit pemulihan sekarang. Kejatuhan nilai ringgit seterusnya menyebabkan peningkatan harga barang.
2. Kontrak berat sebelah
Jika anda fikir kleptokrasi hanya berlaku sekali dan tidak akan merebak ke perkara lain, anda silap besar. 1MDB meninggalkan lubang besar dan dakwaan rompakan berterusan selepas 2013. Satu-satunya cara untuk mengelakkan perkara itu tidak terdedah adalah dengan menutup lubang tersebut.
Ini mungkin dilakukan melalui kontrak mahal dan berat sebelah yang mana lebihannya boleh disalurkan ke 1MDB.
Misalnya Projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion yang akan dilaksanakan syarikat dari China. Kos itu mungkin boleh meningkat sehingga RM100 bilion.
Sebuah analisis menunjukkan projek itu sukar untuk berdaya maju dan pada nilai RM55 bilion, ia sudah pun cukup mahal. China menawarkan moratorium selama tujuh tahun bagi pembayaran balik. Jika projek ini tidak berdaya maju, ia akan memberikan beban hutang yang besar kepada generasi masa depan.
Bukan ini saja projek yang akan dilaksanakan syarikat China di negara ini. Jumlah keseluruhan kontrak ini mungkin mencecah ratusan bilion ringgit. Jika kebanyakannya melalui pinjaman pembiayaan, generasi akan datang akan berdepan hutang yang amat besar.
Kontrak berat sebelah ini adalah tanda orang terdesak. Lihat Suharto dan Sukarno dan betapa banyak kerosakan yang telah dilakukan mereka kepada Indonesia dan Filipina.
Kita mesti halang kleptokrat daripada terus melakukan kerosakan kepada negara kita - sekarang.
3. Mereka tidak cekap dan meminggirkan sektor awam yang dulunya efisien
Mereka telah menyemai budaya setiap keputusan dibuat oleh ahli politik - apa yang perlu dibuat, bila dan berapa yang perlu dibelanjakan. Politik memutuskan siapa yang akan jadi menteri. Kini terlalu ramai menteri yang tidak cekap.
Tiada kajian bebas dan betul oleh sektor awam berhubung soal-soal penting. Jika ada sekalipun, ia dilangkaui oleh politik. Hanya mereka yang patuh terhadap ahli politik akan dinaikkan pangkat dan ini akhirnya menyebabkan sektor awam juga menadi tidak cekap dan korup.
4. Kemerosotan sistem pendidikan
Mereka telah mempolitikkan sistem pendidikan. Pertamanya dengan merendahkan standard guru dan kemudiannya pelajar. Mereka tidak memberi penekanan terhadap bahasa Inggeris - bahasa antarabangsa yang penting untuk memperoleh pengetahuan dan meningkatkan kebolehan.
Mereka enggan menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar mata pelajaran seperti sains dan matematik, maka menyebabkan kebanyakan pelajar dalam sistem pendidikan kebangsaan lemah dalam bahasa itu.
Ini berterusan di universiti dan melahirkan ramai graduan yang sukar mendapatkan pekerjaan kerana tahap kecekapan yang rendah.
5. Cara tidak adil untuk kekal berkuasa
Sama seperti kerajaan teruk di negara lain, mereka menggunakan cara yang salah dan tidak adil untuk kekal berkuasa. Lihat saja persempadanan semula kawasan pilihan raya yang meningkatkan lagi saiz kawasan Parlimen dan DUN (yang sedia besar jurangnya).
Begitu juga dengan Akta Antiberita Tidak benar yang diluluskan dengan tergesa-gesa yang mungkin akan digunakan untuk menutup maklumat tentang 1MDB dan skandal lain.
Sejak 1969, kerajaan Umno/BN menggunakan kaum dan agama untuk meraih sokongan dan ini berterusan sehingga sekarang. Mereka bercakap tentang mempertahankan Islam dan hak Melayu seolah-olah dua perkara itu diancam oleh orang bukan Islam. Walhal ia tidak berlaku.
6. Tidak melawan rasuah
Tanda jelas berlakunya rasuah adalah apabila orang berbelanja melangkaui kemampuan mereka. Ini boleh dilihat melalui aset mereka dan mengenalpasti bagaimana aset itu diperoleh. Aset itu boleh jadi barang kemas atau kapal pesiar mewah.
Tetapi cara siasatan itu tidak pernah dilaksanakan bawah Umno/BN. Ahli politik terus mengumpul aset, kereta mewah misalnya, tetapi tiada yang dipertanggungjawabkan. Yang dikenakan tindakan hanyalah "ikan bilis" dan pembangkang.
Sebahagian "ikan bilis" itu tidaklah terlalu kecil tetapi tetap jauh berbeza dengan saiz kleptokrasi yang kita lihat.
7. Menggunakan kaum untuk mengkayakan diri
Pada September 2013, Najib mengumumkan Pelan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera bernilai RM30 bilion. Ia secara asasnya adalah sejumlah kontrak yang akan diberikan kepada usahawan bumiputera.
Tetapi adakah kontrak ini akan mengubah kehidupan kebanyakan bumiputera di negara ini? Tidak sama sekali.
Mereka yang mendapat kontrak adalah yang berada dalam Umno atau dekat dengan pimpinan parti itu. Kebanyakannya akan menjadi orang tengah dan akan meraih komisen selepas memberikan kontrak itu kepada pihak lain.
Bumiputera terpilih, atau 'Umnoputera', yang sudah kaya menjadi semakin kaya. Pada masa sama sejumlah besar bumiputera lain terus terpinggir.
Ada kaedah lain untuk membantu bumiputera yang sepatutnya sudah lama dilaksanakan. Tetapi ia dihalang oleh amalan rasuah dan naungan.
8. Rakyat tidak mendapat faedah daripada pemerintahan mereka
Dakwaan kerajaan bahawa kemiskinan sudah dibasmikan mengarut. Ini kerana pendapatan garis kemiskinan adalah pada kadar RM800 sebulan bagi setiap isi rumah. Benar, bagi setiap isi rumah, bukannya individu.
Analisis Bank Negara berhubung gaji kehidupan wajar lebih relevan. Bagi yang tinggal di Kuala Lumpur, ia pada kadar RM2,700 sebulan bagi individu, RM4,500 bagi pasangan tanpa anak dan RM6,500 bagi pasangan dengan dua anak.
9. Penglibatan gangster
Memang banyak kisah tentang Umno dengan gangster sejak sekian lama. Tetapi apa yang mengejutkan adalah pengakuan seorang pemimpin Umno dahulu.
Beliau bukan saja membela Tiga Line, yang diisytiharkan sebagai kumpulan haram, tetapi menganggap dirinya sebahagian daripada kumpulan itu. Beliau kemudian merestui tindakan mereka dan meminta mereka meneruskannya.
10. Mereka tidak peduli demokrasi
Demokrasi adalah tentang memberikan semua orang hak yang sama untuk mengundi, mengamalkan cara hidup sendiri asalkan tidak mengancam orang lain, kebebasan bersuara, hak berhimpun dan kedudukan yang sama bawah undang-undang.
Namun ini semua tidak diamalkan dan ada undang-undang digubal untuk menafikan hak itu. Badan penguat kuasa yang jelas berpihak memburukkan lagi keadaan.
Bulatkan tekad anda
Ini sepuluh senarai saya, walaupun ada lagi sebab yang lain. Saya harap anda dapat menilai perkara ini sebelum memangkah BN.
Orang terdesak akan mengambil langkah yang juga terdesak. Mereka tidak boleh dibenarkan memegang kuasa.
Fikirkan dengan cermat tentang masa depan anda dan anak-anak anda. Hakikatnya lebih baik untuk memberi peluang kepada pembangkang.
Satu soalan untuk mereka yang menganggap pembangkang sama saja dengan BN - Adakah Selangor dan Pulau Pinang menjadi lebih baik bawah pembangkang? Anda tahu jawapannya - ya.
Kepada mereka yang akan merosakkan undi, ia satu pembaziran hak yang berharga. Apa yang anda mahu capai? Jika anda begitu kecewa dengan politik, sekurang-kurangnya beri peluang pihak lain untuk memegang kuasa dan melakukan perubahan.
Paling kurang pun anda telah melaksanakan hak perlembagaan dengan betul dan tidak mengikut rentak mereka yang pastinya gembira kerana undi anda tidak merugikan mereka.
Kepada mereka yang tidak akan mengundi Umno/BN, saya harap tulisan ini akan membulatkan tekad anda dan anda akan turut menyebarkan pesanan tentang mengapa kerajaan ini perlu disingkirkan.
Kepada semua, keluarlah mengundi. Jangan biarkan apa-apa menghalang anda daripada melaksanakan hak ini. Jadikan setiap undi itu bermakna.
* P Gunasegaram mempunyai pengalaman 30 tahun sebagai wartawan dan penganalisis di pelbagai media.

Thus Article Tolak Umno dan BN: Kenapa? Perhatikan 10 alasan ini......
Itulah artikel Tolak Umno dan BN: Kenapa? Perhatikan 10 alasan ini...... Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Tolak Umno dan BN: Kenapa? Perhatikan 10 alasan ini...... dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/tolak-umno-dan-bn-kenapa-perhatikan-10.html
0 Response to "Tolak Umno dan BN: Kenapa? Perhatikan 10 alasan ini......"
Post a Comment