Tajuk : [Video Mat Sabu-Bersatu kita TEGUH, Bercerai kita KAWIN lain! ha, ha, haaa!] Undi Rabu: Umno-BN akan ‘mati’ ditepi longkang, kata blogger politik.
link : [Video Mat Sabu-Bersatu kita TEGUH, Bercerai kita KAWIN lain! ha, ha, haaa!] Undi Rabu: Umno-BN akan ‘mati’ ditepi longkang, kata blogger politik.
[Video Mat Sabu-Bersatu kita TEGUH, Bercerai kita KAWIN lain! ha, ha, haaa!] Undi Rabu: Umno-BN akan ‘mati’ ditepi longkang, kata blogger politik.
Selasa, 10 April 2018Undi Rabu: Umno-BN akan ‘mati’ ditepi longkang, kata blogger politik
Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan hari pengundian pada Rabu 9 Mei depan disifatkan akan membawa kepada jumlah keluar pengundi akan rendah dan ia disifatkan satu petanda buruk kepada kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Blogger Syed Akbar Ali yang juga pengkritik politik, berkata, kerajaan Umno-BN memilih hari Rabu dengan menyangka ia akan mengurangkan kecenderungan pengundi keluar mengundi.
“Sesungguhnya hari Rabu akan menjadi petanda yang sangat buruk untuk kleptokrasi (R=Rakyat: A= Akan: B=Buang ; U =Umno).
“Ia satu petanda yang sangat buruk.Kleptokrasi tahu bahawa kali ini mereka akan ditendang keluar,” ujarnya seperti dipetik dalam blog ‘Out Syed The Box’.
‘Syed Akbar juga berkata, beliau mendapat maklumat daripada seseorang yang dipecayai yang mengatakan sekurang-kurangnya Pakatan Harapan akan memperoleh 125 kerusi Parlimen dalam PRU14 kali ini.
“Saya sedikit lebih yakin.Saya fikir Pakatan Harapan akan dapat durian runtuh- Pakatan Harapan akan menang.
“Kleptokrasi juga menyedari mereka akan kalah.Kleptokrasi tidak mahu rakyat keluar mengundi secara besar-besaran
“Oleh itu, mereka melakukan segala-galanya untuk menghalang proses pengundian.
“Mula-mula strategi jahat mereka yang bodoh itu keluar dengan kempen Undi Rosak.
“Ideanya ialah merosakkan undi, terutamanya undi Melayu, supaya bilangan undi akan berkurangan.
“Mereka merasakan semakin sedikit pengundi, lebih baik untuk mereka. Betapa salahnya.
“Sama ada kurang atau lebih pengundi, sama ada dua atau tiga penjuru, dengan atau tanpa logo Pakatan Harapan sendiri, sama ada terdapat persempadanan kawasan atau tiada persempadanan Umno-BN akan ditendang keluar. Ini adalah pengakhiran mereka.
“Akan mati di tepi longkang,” ujarnya.
MD.
Thus Article [Video Mat Sabu-Bersatu kita TEGUH, Bercerai kita KAWIN lain! ha, ha, haaa!] Undi Rabu: Umno-BN akan ‘mati’ ditepi longkang, kata blogger politik.
Itulah artikel [Video Mat Sabu-Bersatu kita TEGUH, Bercerai kita KAWIN lain! ha, ha, haaa!] Undi Rabu: Umno-BN akan ‘mati’ ditepi longkang, kata blogger politik. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel [Video Mat Sabu-Bersatu kita TEGUH, Bercerai kita KAWIN lain! ha, ha, haaa!] Undi Rabu: Umno-BN akan ‘mati’ ditepi longkang, kata blogger politik. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/video-mat-sabu-bersatu-kita-teguh.html
0 Response to "[Video Mat Sabu-Bersatu kita TEGUH, Bercerai kita KAWIN lain! ha, ha, haaa!] Undi Rabu: Umno-BN akan ‘mati’ ditepi longkang, kata blogger politik."
Post a Comment