[Video Najib TAK BOLEH FAHAM KE?] Kenapa Mengundi Hari Rabu? Temerloh BOLEH, Jangan undi Umno, Jangan undi Pas!

[Video Najib TAK BOLEH FAHAM KE?] Kenapa Mengundi Hari Rabu? Temerloh BOLEH, Jangan undi Umno, Jangan undi Pas! - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video Najib TAK BOLEH FAHAM KE?] Kenapa Mengundi Hari Rabu? Temerloh BOLEH, Jangan undi Umno, Jangan undi Pas!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video Najib TAK BOLEH FAHAM KE?] Kenapa Mengundi Hari Rabu? Temerloh BOLEH, Jangan undi Umno, Jangan undi Pas!
link : [Video Najib TAK BOLEH FAHAM KE?] Kenapa Mengundi Hari Rabu? Temerloh BOLEH, Jangan undi Umno, Jangan undi Pas!

Baca juga


[Video Najib TAK BOLEH FAHAM KE?] Kenapa Mengundi Hari Rabu? Temerloh BOLEH, Jangan undi Umno, Jangan undi Pas!

Selasa, 10 April 2018

Foto Parti Amanah Negara.
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk Gambar najib makan Qinua

KENAPA MENGUNDI HARI RABU? ADAKAH UNTUK MEMENANGKAN NAJIB, MENYELAMATKAN JOHOR DAN MEMASTIKAN KELANTAN JATUH KE TANGAN BN?


SPR yang bermesyuarat hari ini menetapkan tarikh PRU 14 adalah seperti berikut:

Penamaan calon - 28 April 2018 (Sabtu).

Hari mengundi awal - 5 Mei 2018 (Sabtu).

Hari mengundi - 9 Mei 2018 (Rabu).

Kenapa hari mengundi kali ini jatuh pada hari Rabu?

Jika hari penamaan calon dan pengundian awal boleh diadakan pada hari Sabtu, kenapa hari mengundi mesti jatuh pada Rabu?

Meskipun sebelum ini pilihanraya pernah juga diadakan pada hari bekerja, tetapi apa yang berlaku kali ini tentu saja berbeza suasananya.
Sebelum ini ada kajian menyatakan, berdasarkan lakaran baru kawasan-kawasan pilihanraya yang diluluskan Parlimen baru-baru ini, BN berpotensi menang dengan majoriti dua pertiga pada pilihanraya kali ini, walaupun hanya melalui sokongan 40 peratus undi popular, dengan syarat peratusan yang keluar mengundi tidak melebihi 75 peratus.

Dengan yang demikian, penetapan hari mengundi pada hari Rabu oleh SPR adalah tidak mustahil untuk memenuhi tujuan dan maksud tersebut.

Tidak dinafikan jika peratusan keluar mengundi adalah tinggi, Najib Razak, UMNO dan BN akan mengalami kesukaran mempertahankan kuasanya.

Ini dengan sendirinya mengesahkan bahawa Najib, UMNO dan BN sedang terdesak dan mencari apa saja cara untuk memastikannya kekal berkuasa. Dalam waktu yang sama peranan SPR untuk membantu BN semakin ternampak belangnya.

Meskipun mereka yang bekerja, tak kira di sektor kerajaan atau swasta,  biasanya akan dibenarkan keluar mengundi oleh ketua jabatan atau syarikat tempat bekerja masing-masing, tetapi mengambil kira faktor masa dan kesesakan jalanraya, tidak mustahil ramai yang memilih untuk tidak menunaikan tanggungjawab mereka.

Maka, adalah dijangkakan peratusan keluar mengundi kali ini menjadi rendah dan akan memudahkan BN mengekalkan kuasanya.

Bagaimana jika 9 Mei itu diisytiharkan sebagai cuti umum?

Sehingga ini hanya sekolah-sekolah yang baru diumumkan cuti, manakala pejabat kerajaan kerajaan dan swasta belum diketahui lagi sama ada akan cuti atau sebaliknya.

Tetapi, pengumuman cuti kepada sekolah-sekolah memang tidak dapat dielakkan kerana dewan-dewan sekolah biasanya diperlukan sebagai tempat pembuangan undi.

Bagaimanapun, jika niat mengadakan pembuangan undi pada hari Rabu itu bertujuan untuk merendahkan peratusan yang keluar mengundi, tentulah mustahil Najib mahu mengisytiharkan cuti umum pada hari tersebut.

Mengisytiharkan cuti umum pada 9 Mei l itu hanya memperlihatkan seolah-olah Najib merelakan dirinya kalah atau tentu saja lebih baik tarikh pembuangan undi itu awal-awal lagi ditetapkan pada hari Sabtu atau Ahad.

Selain pengundi yang bekerja yang akan menghadapi masalah atau kesukaran berikutan pengundian ditetapkan pada hari Rabu, mereka yang mungkin tidak dapat menunaikan tanggungjawab kali ini pengundi-pengundi luar.
Pengundi-pengundi luar daripada Kelantan, Terengganu dan Kedah yang bekerja di sekitar Lembah Kelang terutamanya, tentu saja kebanyakannya tidak dapat pulang untuk mengundi kali ini.

Kalau tidak diisytiharkan cuti umum pada hari tersebut, bermakna tidak ramai yang akan pulang untuk mengundi dan jika mereka mahu pulang juga untuk menunaikan tanggungjawab, mereka terpaksa mengambil cuti tahunan sekurang-kurangnya dua hari untuk tujuan itu.

Tentu saja tidak ramai yang sanggup berbuat demikian atas pelbagai alasan seperti mahu menyimpan cuti untuk hujung tahun, hari raya, kenduri kendara dan sebagainya.

Andai kata cuti umum selama sehari diisytiharkan pula, ia tetap tidak mencukupi untuk mereka pulang mengundi, terutamanya ke Kelantan, Terengganu atau Kedah. Mereka akhirnya tetap kena mengambil cuti tahunan untuk sekurang-kurangnya sehari lagi.

Akibatnya, ia adalah suatu proses yang menyusahkan dan dengan itu, kemungkinan ramai yang mungkin memilih untuk tidak pulang ke negeri-negeri masing bagi  menunaikan tanggungjawab mereka.

Namun demikian, jika pengundi luar merasakan SPR dengan kerjasama UMNO dan BN sengaja mahu merumitkan keadaan dan mendatangkan kesusahan kepada mereka melalui penetapan hari mengundi pada hari Rabu itu, ada kemungkinan perkara itu akan menaikkan semangat mereka, lalu majoritinya akan pulang secara beramai-ramai untuk memenangkan Pakatan Harapan.

Harus diingat, kebanyakan pengundi luar bagi Kelantan, Terengganu dan Kedah adalah mereka yang tidak menyokong UMNO dan BN. Dengan ramai tidak dapat pulang, BN berkemungkinan dapat mengekalkan kuasanya di Terengganu dan Kedah, selain berpotensi merampas Kelantan daripada Pas.
Satu lagi kelompok pengundi yang bakal terjejas dengan pengundian pada hari Rabu ialah pekerja-pekerja di Johor yang bekerja di Singapura yang jumlahnya dikatakan ratusan ribu orang.

Adakah majikan mereka di Singapura akan memberi cuti pada tarikh 9 Mei itu?

Tidak mustahil ini adalah taktik untuk memastikan Johor terus selamat di tangan BN dan tidak jatuh ke tangan Pakatan Harapan, meskipun gelombang perubahan teramat nyata di negeri kelahiran UMNO itu.

Apa pun, dengan pengundian pada hari Rabu yang jelas menyusahkan pengundi, di samping Rabu juga bermakna R- Rakyat A - Akan B - Buang U - UMNO, ditambah lagi dengan keinginan kuat rakyat kepada perubahan, pemilihan tarikh dan hari mengundi PRU 14 kali ini mungkin ada hikmatnya yang tersendiri yang menandakan akan berakhirnya era UMNO/BN memerintah negara ini. 

Yang penting, rakyat terus cekal dan sedia menghadapi kesukaran cuma sehari, berbanding lima tahun lagi mereka bakal menderita jika Najib, UMNO dan BN terus berkuasa. (ShahbudinHusin 10/04/2018)


Thus Article [Video Najib TAK BOLEH FAHAM KE?] Kenapa Mengundi Hari Rabu? Temerloh BOLEH, Jangan undi Umno, Jangan undi Pas!

Itulah artikel [Video Najib TAK BOLEH FAHAM KE?] Kenapa Mengundi Hari Rabu? Temerloh BOLEH, Jangan undi Umno, Jangan undi Pas! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video Najib TAK BOLEH FAHAM KE?] Kenapa Mengundi Hari Rabu? Temerloh BOLEH, Jangan undi Umno, Jangan undi Pas! dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/video-najib-tak-boleh-faham-ke-kenapa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Najib TAK BOLEH FAHAM KE?] Kenapa Mengundi Hari Rabu? Temerloh BOLEH, Jangan undi Umno, Jangan undi Pas!"

Post a Comment