[Video Tegang..'tolong bertenang!' Pemandu teksi bergasak] Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, ADAKAH INI BUKAN RASUAH? 30 cedera berebut kad bantuan teksi 1Malaysia.

[Video Tegang..'tolong bertenang!' Pemandu teksi bergasak] Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, ADAKAH INI BUKAN RASUAH? 30 cedera berebut kad bantuan teksi 1Malaysia. - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video Tegang..'tolong bertenang!' Pemandu teksi bergasak] Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, ADAKAH INI BUKAN RASUAH? 30 cedera berebut kad bantuan teksi 1Malaysia., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video Tegang..'tolong bertenang!' Pemandu teksi bergasak] Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, ADAKAH INI BUKAN RASUAH? 30 cedera berebut kad bantuan teksi 1Malaysia.
link : [Video Tegang..'tolong bertenang!' Pemandu teksi bergasak] Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, ADAKAH INI BUKAN RASUAH? 30 cedera berebut kad bantuan teksi 1Malaysia.

Baca juga


[Video Tegang..'tolong bertenang!' Pemandu teksi bergasak] Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, ADAKAH INI BUKAN RASUAH? 30 cedera berebut kad bantuan teksi 1Malaysia.

Sabtu, 14 April 2018


ADAKAH INI BUKAN RASUAH?

Menjelang pilihanraya ini, selain menabur pelbagai peruntukan dan projek pembangunan segera di sana sini, Najib Razak hari ini melebarkan lagi petunjuk takut kalahnya dengan menghulurkan bantuan bernilai RM800 kepada pemandu-pemandu teksi menerusi Kad Bantuan Teksi 1Malaysia.

Melalui peruntukan RM800 yang terdapat dalam kad tersebut, ia boleh digunakan oleh pemandu teksi untuk mengisi minyak dan NGV di mana-mana stesen Petronas di seluruh negara.

Selain itu, menerusi kad tersebut juga, pemandu teksi akan menerima perlindungan insurans peribadi bernilai RM50 ribu serta pelbagai kemudahan lain di bawah Program Kesetiaan Mesra Petronas.

Selain pemberian ini menunjukkan Najib semakin gagal melindungi ketakutan dalam hatinya terhadap kekalahan yang semakin di ambang mata, ini juga adalah satu rasuah politik yang terang lagi nyata kepada pengundi menjelang pilihanraya.

Wahai SPRM, takkan tutup mata saja dengan perlakuan Najib ini?

Atau beranikah SPRM mengisytiharkan pemberian Najib itu bukan suatu rasuah politik?

Jika pemandu teksi diberi rasuah politik bernilai RM800 setiap seorang,  bagaimana dengan kelompok pengundi-pengundi yang lain?

Tentulah tidak munasabah jika hanya pemandu teksi saja yang diberikan habuan tunai, sedangkan kelompok pengundi yang lain tidak diberikan apa-apa.

Adakah pemandu teksi saja yang penting dan boleh menjamin kemenangan Najib dan BN, manakala yang lain-lain tidak penting?

Jika demikian, apakah selepas ini lebih banyak lagi kelompok pengundi yang akan Najib temui sambil beliau juga akan bermurah hati menghulurkan wang kepada mereka?

Kalau begitu, berapa banyak pemberian tunai akan digunakan Najib sepanjang kempen pilihanraya kali ini?

Di mana beliau dapat wang untuk semua itu?

Untuk pemberian kepada pemandu teksi ini, adakah wang RM800 yang diberi Najib itu wang daripada poketnya sendiri, wang BN atau wang kantung Petronas? (ShahbudinHusin 13/04/2018)

30 cedera berebut kad bantuan teksi 1Malaysia

Tiga puluh pemandu teksi cedera ketika berebut kad bantuan teksi 1Malaysia yang diumumkan perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak di Serdang petang tadi.
Selepas pengumuman itu dibuat di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengedarkan kad itu melalui 60 kaunter di luar kawasan dewan.
Kira-kira 10,000 pemandu teksi yang hadir berasak di kaunter meskipun beberapa kali diminta untuk berbaris.
Kira-kira 10,000 pemandu teksi yang hadir berasak di kaunter meskipun beberapa kali diminta untuk berbaris.
Situasi jadi bertambah tegang apabila SPAD bertindak menutup pagar besi dan mengumumkan menghentikan pengagihan sementara untuk menenangkan situasi.
Pemandu teksi yang berang dilihat marah pada polis, pegawai SPAD dan petugas RELA yang bertugas di program itu.
Kenderaan ambulans kemudian tiba di tempat kejadian.
Klip video yang rakam individu yang hadir di program berkenaan memaparkan warga emas dan wanita terjatuh sementara pemandu teksi lain terus berebut kad bantuan berkenaan.
Spad telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan 30 pemandu mengalami kecederaan ringan dalam insiden berkenaan.
"Pemandu-pemandu yang terlibat telah menerima rawatan serta-merta, manakala seorang lagi individu telah mengalami kecederaan dan terpaksa dibawa ke hospital bagi menerima rawatan selanjutnya. SPAD akan menanggung kos perubatan bagi individu tersebut.
"Anggota penguatkuasaan SPAD, PDRM dan RELA telah mengambil tindakan serta-merta untuk mengawal keadaan dan pada jam 7.00 malam keadaan sudah terkawal.
"Insiden yang tidak diingini ini telah berlaku akibat segelintir para hadirin yang tidak mematuhi langkah-langkah pengurusan kawalan sistematik yang disediakan apabila mereka masuk ke dewan pengambilan kad," kata kenyataan itu.
Kad bantuan yang diedarkan kepada 67,0000 pemandu teksi seluruh negara itu akan membolehkan pemandu teksi mengisi minyak sehingga RM800 di mana-mana stesen minyak Petronas.
Malaysiakini.


Thus Article [Video Tegang..'tolong bertenang!' Pemandu teksi bergasak] Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, ADAKAH INI BUKAN RASUAH? 30 cedera berebut kad bantuan teksi 1Malaysia.

Itulah artikel [Video Tegang..'tolong bertenang!' Pemandu teksi bergasak] Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, ADAKAH INI BUKAN RASUAH? 30 cedera berebut kad bantuan teksi 1Malaysia. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video Tegang..'tolong bertenang!' Pemandu teksi bergasak] Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, ADAKAH INI BUKAN RASUAH? 30 cedera berebut kad bantuan teksi 1Malaysia. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/04/video-tegangtolong-bertenang-pemandu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Tegang..'tolong bertenang!' Pemandu teksi bergasak] Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, ADAKAH INI BUKAN RASUAH? 30 cedera berebut kad bantuan teksi 1Malaysia."

Post a Comment