Kritikan Anwar: Tolong Baca Tulisan Asal Saya

Kritikan Anwar: Tolong Baca Tulisan Asal Saya - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kritikan Anwar: Tolong Baca Tulisan Asal Saya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kritikan Anwar: Tolong Baca Tulisan Asal Saya
link : Kritikan Anwar: Tolong Baca Tulisan Asal Saya

Baca juga


Kritikan Anwar: Tolong Baca Tulisan Asal Saya

Oleh A Kadir Jasin.

 SAYA mulakan catatan ringkas awal pagi ini dengan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sahabat saya, Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana berasa layak mengulas tulisan saya. 

 Mengikut laporan portal berita Free Malaysia Today (FMT), Anwar “mengkritik” saya “kerana menggunakan kedudukan saya yang dekat dengan kerajaan untuk menyerang raja-raja Melayu dengan fakta yang boleh dipertikaikan.” 

 Beliau berkata, bukan sahaja kata-kata saya boleh dipertikaikan, tetapi raja-raja tidak boleh menjawab kata-kata menghina itu. 

 “Kita menghormati hak semua orang untuk menyatakan pandangan, tetapi mereka perlu menunjukkan rasa hormat dan dibuat secara tertib,” kata Anwar dalam sidang media selepas pertemuan dengan wakil-wakil rakyat PKR di Hotel One World, Petaling Jaya, malam tadi. 

 Saya serahkan kepada para pembaca dan pembahas mengadili saya berdasarkan “kritikan” Anwar itu dengan membaca balik dan memahami hujah saya mengenai hal berkenaan. 

 Rencana pertama saya dalam bahasa Melayu bertajuk “Masukkan Institusi Raja Dalam Reformasi” (Sinar Harian 27 Mei) dan kedua, tampalan blog saya dalam bahasa Inggeris berjudul  “Constitution: The King and the Pauper”pada 4 Jun.

Berkenaan tuduhan Saudara Anwar bahawa saya “menggunakan kedudukan saya yang dekat dengan kerajaan untuk menyerang raja-raja Melayu” adalah tidak benar oleh sebab saya secara terbuka berkata dalam mukadimah tulisan saya bahawa segala pendapat adalah pandangan peribadi saya dan tidak ada kena mengena dengan sebarang jawatan yang mungkin saya sandang. 

Berkenaan dengan apa yang Anwar maksudkan sebagai “fakta yang boleh dipertikaikan” itu, silalah pertikai dan berikanlah fakta yang betul. Kalau saya silap saya akan buat pembetulan dan saya mohon ampun. 

 Beliau mendakwa saya mempertikaikan keperluan beliau menemui Raja-raja Melayu. 

 Saya tidak pertikai. Saya hanya berkata raja-raja tidak perlu jaminan atau keselesaan kerana kedudukan mereka dijamin oleh Perlembagaan. 

 Saya tidak menafikan hakikat “Pakatan Harapan berusaha keras untuk mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu.” Cuma kemudian baru saya tahu bahawa selain Anwar, ada pemimpin lain PH yang menghadap raja-raja. 

 Saya tidak berhasrat mencetuskan polemik dengan Saudara Anwar kerana ini tidak perlu. Sesiapa saja yang ingin mendalami dan memahami apa yang saya tulis boleh kembali membaca dua makalah berkenaan yang pautannya saya beri di atas. 

 Bacalah apa yang saya tulis bukan apa yang dipetik dan diolah semula oleh pelbagai pihak. 

 Terima kasih. 

 Wallahuaklam.


Thus Article Kritikan Anwar: Tolong Baca Tulisan Asal Saya

Itulah artikel Kritikan Anwar: Tolong Baca Tulisan Asal Saya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kritikan Anwar: Tolong Baca Tulisan Asal Saya dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/06/kritikan-anwar-tolong-baca-tulisan-asal.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kritikan Anwar: Tolong Baca Tulisan Asal Saya"

Post a Comment