India sahkan fail ekstradisi Zakir Naik

India sahkan fail ekstradisi Zakir Naik - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk India sahkan fail ekstradisi Zakir Naik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : India sahkan fail ekstradisi Zakir Naik
link : India sahkan fail ekstradisi Zakir Naik

Baca juga


India sahkan fail ekstradisi Zakir Naik

FMT Reporters 

Penceramah Zakir Naik dikehendaki oleh pihak berkuasa India. 
 Jurucakap kementerian luar negeri berkata Pesuruhjaya Tinggi India di Kuala Lumpur berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia. 

PETALING JAYA: Kementerian luar negeri India dilaporkan mengesahkan permintaan rasmi telah dibuat kepada Malaysia bagi mengekstradisi penceramah kontroversi Zakir Naik. 

 Saluran berita India, Republic TV memetik jurucakap kementerian luar negeri Raveesh Kumar sebagai berkata New Delhi membuat permintaan rasmi terhadap Zakir di bawah perjanjian ekstradisi dengan Malaysia. 

 “Pada peringkat ini, permintaan kami berada di bawah pertimbangan aktif pihak Malaysia. Pesuruhjaya Tinggi kami di Kuala Lumpur berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia,” lapor penyiar itu memetik kenyataan Kumar. 

Zakir, penceramah televisyen, dikehendaki pihak berkuasa India atas tuduhan pengubahan wang haram dan menyebarkan ekstremisme. 

 Tahun lepas, bekas menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan Malaysia tidak menerima permohonan ekstradisi daripada kerajaan India. Beliau berkata Malaysia akan memenuhi permintaan dan mengusir Zakir jika permohonan berdasarkan Bantuan Undang-undang Bersama dibuat. 

 Semalam, media India melaporkan Zakir akan diusir tetapi laporan itu dinafikan oleh Zakir dan peguamnya Shaharuddin Ali, serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamed Fuzi Harun. 

 Zakir dituduh memberikan ucapan provokasi, yang menurut kerajaan Bangladesh menjadi penyebab serangan di Dhaka yang menyaksikan 22 orang maut. 

 Agensi Penyiasatan Kebangsaan India juga sedang menyiasat NGO yang diasaskan Zakir, Yayasan Kajian Islam, berhubung dakwaan pengubahan wang. 

Beliau diberi status pemastautin tetap di Malaysia oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini. 

 Republic TV, saluran satelit percuma yang baru berusia setahun itu dibiayai oleh ahli parlimen dari Parti Bharatiya Janata yang kadang-kala dituduh mempunyai pembelajaran bersemangat kebangsaan. 

 Polis nafi Zakir Naik akan dihantar pulang hari ini ~ freemalaysiatoday


Thus Article India sahkan fail ekstradisi Zakir Naik

Itulah artikel India sahkan fail ekstradisi Zakir Naik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel India sahkan fail ekstradisi Zakir Naik dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/07/india-sahkan-fail-ekstradisi-zakir-naik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "India sahkan fail ekstradisi Zakir Naik"

Post a Comment