Ramkarpal: Jangan beri jaminan, jika tidak Jamal lari lagi

Ramkarpal: Jangan beri jaminan, jika tidak Jamal lari lagi - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ramkarpal: Jangan beri jaminan, jika tidak Jamal lari lagi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ramkarpal: Jangan beri jaminan, jika tidak Jamal lari lagi
link : Ramkarpal: Jangan beri jaminan, jika tidak Jamal lari lagi

Baca juga


Ramkarpal: Jangan beri jaminan, jika tidak Jamal lari lagi

FMT Reporters 


Ahli Parlimen Bukit Gelugur itu berkata Jamal Yunos menunjukkan beliau 'tidak mengendahkan undang-undang' dan tidak patut diberi jaminan. 

 Jamal Yunos didakwa melarikan diri dari tahanan polis. 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh hari ini, berkata Datuk Seri Jamal Yunos yang ditahan di Indonesia, tidak patut diberi jaminan sekiranya beliau didakwa. 

 Dalam mengalu-alukan berita Jamal dibawa pulang ke Malaysia dari Indonesia, Ramkarpal berkata:

“Dalam keadaan yang sangat mungkin Jamal dituduh di mahkamah atas kesalahan yang dilakukan olehnya sebelum ini, diharap pihak pendakwaan benar-benar membantah pemberian jaminan kepadanya kerana ia jelas dari tindakan baru-baru ini yang dia menunjukkan kecenderungan untuk melarikan diri yang mesti dielakkan dalam apa cara sekalipun.” 

 Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu disiasat sekurang-kurangnya 6 kesalahan. Beliau hilang dari wadnya di Hospital Pakar Ampang Puteri di mana beliau sedang mendapatkan rawatan pada 25 Mei. Polis melancarkan pencarian dan kemudian berkata beliau berada di Indonesia. 

 Jamal ditahan polis Indonesia ketika sedang menggunting rambut di Jakarta selatan, Isnin lalu. 

 Beliau tiba di kompleks mahkamah kira-kira jam 4.00 petang dan dijangka didakwa melarikan diri dari tahanan polis.

 Ramkarpal berkata ketika melarikan diri ke Indonesia bagi mengelak daripada ditahan dan berbohong mengenainya dengan mendakwa berada di Malaysia, Jamal menunjukkan beliau “tidak mengendahkan undang-undang dan jelas tidak ada keraguan terhadap penahanannya oleh pihak berkuasa”. 

 Beliau berkata dalam satu kenyataan bahawa pemberian jaminan adalah atas budi bicara mahkamah dan ia boleh memilih untuk menahan pasport Jamal sebagai syarat jika ia diberikan jaminan. Bagaimanapun, Ramkarpal menegaskan “kemungkinan dia melarikan diri untuk mengelakkan pendakwaan tidak boleh dikecualikan”. 

 Beliau berharap mahkamah akan mengambil perhatian terhadap perkara itu dan menafikan jaminan kepada Jamal. 

 Jamal dikawal beberapa anggota polis selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira pukul 3.15 petang hari ini. ~freemalaysiatoday


Thus Article Ramkarpal: Jangan beri jaminan, jika tidak Jamal lari lagi

Itulah artikel Ramkarpal: Jangan beri jaminan, jika tidak Jamal lari lagi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ramkarpal: Jangan beri jaminan, jika tidak Jamal lari lagi dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/07/ramkarpal-jangan-beri-jaminan-jika.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ramkarpal: Jangan beri jaminan, jika tidak Jamal lari lagi"

Post a Comment