Tsunami Melayu: Kalau sebut Melayu korang yakin tak akan jadi gelombang besar?

Tsunami Melayu: Kalau sebut Melayu korang yakin tak akan jadi gelombang besar? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tsunami Melayu: Kalau sebut Melayu korang yakin tak akan jadi gelombang besar?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tsunami Melayu: Kalau sebut Melayu korang yakin tak akan jadi gelombang besar?
link : Tsunami Melayu: Kalau sebut Melayu korang yakin tak akan jadi gelombang besar?

Baca juga


Tsunami Melayu: Kalau sebut Melayu korang yakin tak akan jadi gelombang besar?

Tsunami Melayu: gelombang besar atau kocak kecil?
Chan Kok Leong · Diterbitkan pada 26 Jan 2018 7:00AM
Adakah Pilihan Raya Umum Ke-14 akan menyaksikan berlakunya "Tsunami Melayu"? Atau riaknya yang wujud kini tidak akan berubah menjadi gelombang besar menyebabkan Umno dan BN terus berkuasa walau dilanda pelbagai skandal? – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Januari, 2018

KALAU ditanya kepada Andak Ahmad, masalah paling besar yang membelenggu peneroka Felda ialah kos sara hidup. Itulah isu yang dibualkan oleh mereka di mana-mana dan boleh buat menyirap darah sampai ke telinga.

Beliau percaya kemarahan peneroka tentang harga barang yang mahal itu akan menentukan parti mana yang bakal mereka pilih pada pilihan raya umum nanti.

"Kami dah dicekik dengan harga barang yang naik. Bila harga naik, bukannya dia turun balik. Walaupun harga petrol dan diesel naik turun setiap minggu, kalau kita tengok betul-betul, lebih banyak yang naik daripada turunnya," kata peneroka berumur 40 tahun dari Jengka, Pahang itu.

Beliau tidak mahu cakap parti mana yang diundinya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti, tetapi diam-diam membayangkan pembangkang sudah berjaya membuktikan kegagalan kerajaan.

Kata-katanya dan kemarahannya yang membuak tentang kos sara hidup itulah yang hendak didengar oleh Liew Chin Tong, pengarah pendidikan politik DAP.

Liew yakin sejumlah pengundi Melayu yang memilih Umno/Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang lalu akan meninggalkan parti pemerintah itu dan mengundi pembangkang, mencetuskan gelombang tsunami Melayu yang akan menyingkirkan Najib Razak.

Beliau yakin kemarahan rakyat itu yang ditokok pula dengan populariti Najib yang merosot kerana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menyebabkan pengundi Melayu berpaling daripada gabungan politik yang memerintah negara sejak Merdeka pada 1957.

Pandangan beliau tentang tsunami Melayu dipersendakan oleh pengulas politik dan ahli politik Umno, namun Liew sedikit pun tidak peduli.

Pada 2013 dulu pun beliau diperlekehkan apabila berkata pembangkang akan menerobos masuk ke Johor, kubu kuat Umno. Jangkaannya betul lima tahun dulu.
Populariti Najib menurut kajian terus merosot, adakah ia jadi petanda jatuhnya perdana menteri terkait dengan skandal kewangan rentas negara terbesar dunia itu?  – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Januari, 2018

Mengimbas kembali PRU13, beliau berkata ketika itu tidak ada peralihan undi Melayu kepada pembangkang. Sebaliknya, sokongan Melayu kepada BN 64%, meningkat daripada 59% pada 2008.

Peratusan sokongan Melayu kepada BN yang paling rendah ialah pada 1999 iaitu 54%, dalam pilihan raya yang diadakan lebih kurang setahun selepas Anwar Ibrahim dipecat atas tuduhan liwat.

Liew mengingatkan bahawa pada 2013, sokongan kepada Perdana Menteri Najib Razak dalam kalangan pengundi Melayu ialah 66%. Sokongan itu jatuh kepada 44% dalam laporan terakhir yang dikeluarkan oleh Merdeka Center pada Januari 2015.

Merdeka Center yang mula menjejak sokongan terhadap perdana menteri pada 2012 sejak itu tidak lagi mengeluarkan laporannya.

Menurut Liew, populariti Najib yang merosot 20% menunjukkan ada kekosongan dalam kalangan pengundi Melayu dan ada kemungkinan pengundi yang kecewa itu mencari parti politik baru.

"Ke mana 20 peratus pengundi Melayu pergi sekarang? Adakah mereka menyokong PAS, Barisan Nasional atau Pakatan Harapan?"  

Johor, negeri kerusi campuran

Liew, yang membuat percaturan tepat berpindah kerusi dari Bukit Bendera di Pulau Pinang ke Kluang di Johor pada PRU13 berkata, negeri paling selatan di Semenanjung Malaysia itu kini sudah bersedia untuk berubah pada PRU14 kali ini, yang dijangka akan diadakan sebelum Mei.

Pada PRU13, Pakatan Rakyat mengejutkan semua pihak apabila berjaya menembusi Johor dengan menang 12 lagi kerusi negeri, menjadikan keseluruhannya 18 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri. Ia juga menang empat lagi kerusi Parlimen.

Selain Kluang, PR juga merampas Batu Pahat, Gelang Patah dan Kulai. Semua empat kerusi baru itu merupakan kerusi campuran dengan pengundi Melayunya berjumlah antara 33% hingga 52%.

"Ada sekurang-kurangnya 11 kerusi campuran – Segamat, Labis, Ledang, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Tebrau, Pasir Gudang, Johor Bahru, Pulai, Tanjong Piai – dengan jumlah tidak lebih daripada 60% pengundi Melayu.

"Dengan pecahnya Umno dan PAS, kita hanya perlukan 15 peratus peralihan pengundi Melayu untuk menang kerusi-kerusi ini," tambah beliau.
Di Johor, negeri kubu kuat parti pemerintah selama ini, sudah wujud kebangkitan penyokong pembangkang. Adakah ini akan diterjemahkan dalam bentuk undi masih jadi tanda tanya, tetapi tidak mustahil tsunami Melayu bakal berlaku di negeri kelahiran Umno itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Januari, 2018

Penganalisis menjangkakan PAS yang kehilangan paling banyak sokongan daripada penyokongnya sendiri yang sudah hilang keyakinan kepada parti dan pengundi bukan Melayu selepas parti Islam itu keluar daripada gabungan pembangkang, yang kini bergabung dalam Pakatan Harapan.

Malah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sendiri pun dikatakan tidak cukup selamat di kawasannya sendiri di Marang, Terengganu.

"PAS tidak akan dapat undi tambahan pada pilihan raya ini. Hanya penyokong Hadi dan penyokong totok parti itu yang akan mengundinya. Malah sokongan mereka akan jadi lebih teruk di negeri kerusi campuran seperti Johor yang parti itu sendiri lemah," kata Liew.

Menurut maklumat 2015 dari Jabatan Perangkaan, Johor mempunyai 55% penduduk Melayu, 30% Cina, 6.5% India dan baki 8% peratus lain-lain kaum.

Tiga penjuru dan persempadanan semula

Walaupun pertembungan tiga penjuru dan persempadanan semula selama ini menguntungkan BN, Liew percaya kelebihan itu tidak memberi apa-apa makna sekiranya pengundi Melayu kecewa dengan kerajaan yang ada.

"Tambahan kerusi Melayu itu tidak menguntungkan BN kerana pengundi bukan Melayu akan terus menyokong PH dan dengan undi Melayu pecah tiga kepada Bersatu, PAS dan Umno, BN tidak lagi ada kelebihan," kata lulusan Universiti Nasional Australia itu.

Persempadanan semula yang sedang dilakukan sekarang bakal mewujudkan lebih banyak kerusi majoriti Melayu dan bukan Melayu seperti Seputeh, Cheras dan Petaling Jaya Utara, dan peralihan pengundi Melayu akan lebih memberi kesan kepada BN berbanding PH, kata Liew.

Pengkritik Liew tidak yakin dengan ramalan beliau tentang tsunami Melayu ini.

Penganalisis politik, peninjau pendapat umum dan ahli politik berpengalaman berkata senario yang dibentangkan oleh Liew itu penuh dengan "kalau" dan "agak-agak".

Walaupun ada rasa tidak puas hati dalam kalangan pengundi Melayu terhadap kos sara hidup yang meningkat, adalah keterlaluan untuk mengatakan pengundi Melayu yang selama ini secara tradisinya mengundi Umno akan beralih angin, kata mereka.

Apatah lagi pengundi Melayu yang umumnya konservatif ini menganggap kuasa Umno itu adalah perlindungan kepada politik Melayu dan agama.

Pengkritiknya juga berpendapat walaupun Najib terjejas dengan skandal, beliau sudah mengukuhkan kedudukannya dalam Umno dan kini lebih selamat dari segi politik berbanding setahun yang lalu.

Kaji selidik baru-baru ini juga menunjukkan sokongan terhadap beliau dalam kalangan orang Melayu naik sehingga 50%.

Perbezaan pandangan tentang tsunami Melayu ini diperkatakan semasa sebuah forum di Universiti Malaya baru-baru ini.

Pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Mazlan Ali berkata ada "gelombang Melayu" di semua acara dan majlis yang dihadiri oleh Dr Mahathir Mohamad.

Mazlan melihat apa yang berlaku ini sama seperti keadaan pada 1999 – ketika Reformasi – apabila mereka yang sebelumnya tidak ikut politik turut keluar dan hadir mendengar ceramah.
Faktor Anwar Ibrahim dan derita keluarganya tidak dapat dinafikan menjadi titik penting perubahan politik orang Melayu. Tetapi pada PRU14, adakah faktor ini masih cukup kuat menarik undi orang Melayu selain pelbagai skandal melanda Umno-BN kini? – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Januari, 2018

"Belum ada gelombang tetapi sudah ada riaknya di sana sini. Nampak macam ombak akan datang," kata Mazlan.

Menurut Mazlan, pemerhatiannya itu dibuat semasa beliau menghadiri empat majlis Dr Mahathir Pasir Puteh, Kuala Berang, Jerantut dan Semenyih tahun lalu.

Sementara itu, Prof Dr Muhammad Asri Mohd Ali berkata beliau tidak nampak ada sebarang persamaan antara 1999 dan 2018.

Katanya, tidak ada kacau bilau politik dalam Umno seperti apa yang berlaku selepas pemecatan Anwar Ibrahim dan tidak ada kebangkitan rakyat seperti apa yang berlaku selepas peristiwa mata lebam.

"PAS keliru dengan perpecahan dalaman sementara kumpulan kelas menengah Melayu kini sudah makin cenderung kepada agama. Kalau Umno dapat menggerakkan kelas menengah Melayu, ia masih ada kelebihan," kata Asri.

Anwar ditumbuk sehingga lebam matanya oleh Ketua Polis Negara (ketika itu) Abdul Rahim Mohd Noor, semasa disoal siasat selepas ditangkap pada 20 September 1998.

Poster Anwar dengan matanya yang lebam dijaja semasa kempen pilihan raya umum 1999. Ketika itu dianggarkan lebih kurang 20% undi Melayu beralih kepada pembangkang.

"Ada dua mata lebam pada 2018 yang dinafikan oleh Najib iaitu kepayahan rakyat kerana kos sara hidup yang meningkat dan skandal 1Malaysia Development Berhad," kata Liew.

"1MDB tidak memberi kesan kepada sesiapa secara langsung tetapi semua orang tahu beliau terima duit itu. Ketika kerajaan mengatakan ekonomi dalam keadaan baik, kumpulan 40 peratus di bawah masih bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi, ringgit yang lemah dan peluang pekerjaan yang kurang.

"Kalau 1999 ada satu mata lebam, 2018 ada dua."  

Kata Liew, sekiranya berlaku peralihan undi Melayu lebih daripada 10%, Najib dan BN akan ada masalah di seluruh negara.

Sekiranya peralihan itu kurang daripada 5%, yang bermasalah sebaliknya ialah Liew dan Pakatan Harapan. – 26 Januari, 2018.

* Aku payah nak percaya tentang gelombang tsunami ni. Sebab mudah pada aku, mata Melayu akan berpinar dengan duit/dedak. cakap dan komplen banyak tapi jenis cakap lain, buat lain. Hanya dengan RM50.00 Melayu akan lupa penderitaan 5 tahun akan datang.


Thus Article Tsunami Melayu: Kalau sebut Melayu korang yakin tak akan jadi gelombang besar?

Itulah artikel Tsunami Melayu: Kalau sebut Melayu korang yakin tak akan jadi gelombang besar? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tsunami Melayu: Kalau sebut Melayu korang yakin tak akan jadi gelombang besar? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/01/tsunami-melayu-kalau-sebut-melayu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tsunami Melayu: Kalau sebut Melayu korang yakin tak akan jadi gelombang besar?"

Post a Comment