Mujahid sahkan AMANAH hantar namanya untuk jawatan menteri

Mujahid sahkan AMANAH hantar namanya untuk jawatan menteri - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mujahid sahkan AMANAH hantar namanya untuk jawatan menteri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mujahid sahkan AMANAH hantar namanya untuk jawatan menteri
link : Mujahid sahkan AMANAH hantar namanya untuk jawatan menteri

Baca juga


Mujahid sahkan AMANAH hantar namanya untuk jawatan menteri


Naib Presiden AMANAH Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini mengesahkan namanya antara yang disenaraikan oleh parti itu untuk menganggotai kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

 Katanya, keputusan parti untuk mengemukakan namanya adalah berasaskan kepimpinan beliau dalam parti dan pengalaman dalam arena politik negara. 

"Saya bersedia untuk berkhidmat tidak kira apa-apa jawatan kabinet yang diberi…Saya anggap itu sebagai satu penghormatan yang tinggi dan amanah untuk berkhidmat kepada negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di George Town hari ini. 

 Pada masa ini, jemaah menteri Dr Mahathir hanya mempunyai 13 anggota sedangkan ada beberapa portfolio penting termasuk menteri luar yang masih kosong selain tiada timbalan menteri dinamakan. 

Mengulas lanjut, Mujahid berkata beliau tidak pasti apakah portfolio yang dicadangkan untuk beliau. 

 “…Soalan ini hanya akan terjawab apabila pengumuman rasmi dibuat oleh perdana menteri," katanya yang menafikan beliau bakal dilantik menjadi Menteri Luar. 

 Dr Mahathir dijangka mengumumkan senarai kabinetnya sebelum Parlimen bersidang pada 16 Julai ini. 

Sebelum ini difahamkan senarai calon anggota jemaah menteri terbabit akan dipersembahkan untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas sambutan Aidilfitri. 

 Antara 13 anggota kabinet yang telah mengangkat sumpah jawatan masing-masing ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri), Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) dan Presiden Amanah Mohamad Sabu (Menteri Pertahanan). 

 Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata pentadbirannya tidak akan memiliki lebih daripada 30 kementerian.  -Bernama (malaysiakini)


Thus Article Mujahid sahkan AMANAH hantar namanya untuk jawatan menteri

Itulah artikel Mujahid sahkan AMANAH hantar namanya untuk jawatan menteri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mujahid sahkan AMANAH hantar namanya untuk jawatan menteri dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/06/mujahid-sahkan-amanah-hantar-namanya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mujahid sahkan AMANAH hantar namanya untuk jawatan menteri"

Post a Comment